`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 28, 2018

Ini RM600,000?

jalal@bh.com.my
Bagan Datuk: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan menyiasat projek pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang yang dirasmikannya di sini, semalam.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak berpuas hati malah menyifatkan projek itu sebagai memalukan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk berikutan spesifikasi bangunan terlalu banyak kekurangan berbanding kos pembinaan RM600,000 menggunakan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Dengan nada serius beliau mengingatkan pihak yang terbabit dalam projek itu supaya tidak ‘main-main’ dengan dirinya dan kerajaan dan mahu SPRM menyiasat serta mengambil tindakan jika ada pihak melakukan kesalahan dan penyelewengan.
a group of people in front of a building: DEWAN Terbuka SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk.© Provided by Media Prima DEWAN Terbuka SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk.
Arahan itu dikeluarkannya ketika berucap pada majlis perasmian dewan berkenaan supaya wakil rakyat, pentadbir dan pihak tidak bersalah dituduh ‘makan duit’, sekali gus membuatkan semua hadirin pada majlis itu terkejut.
“Saya tak puas hati RM600,000 macam ini (keadaan) dewan ini, saya nak SPRM siasat kenapa jadi macam ini, kalau ada penyelewengan ambil tindakan kepada kontraktor, konsultan, hatta kepada JD (jurutera daerah jika terbukti berlaku kesalahan).
“Mentang-mentang kita orang kampung, kita direndah-rendahkan seolah-olah kita tak tahu (kos projek), (lihat) dengan mata kasar pun kita tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian bangunan berkenaan serta Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Kepada 50 Ibu Bapa Pelajar sekolah sama di sekolah itu.
Pembinaan dewan terbuka yang dinamakan Balai Utama SMK Hutan Melintang itu diluluskan pada 25 September 2015 dan mula dibina pada Mac tahun lalu sebelum siap 31 Disember lalu.
Ahmad Zahid memberi tempoh tiga bulan dan mengarahkan bangunan berkenaan dipertingkatkan termasuk ruang dipanjangkan, berdinding penuh dan lantai dipasang jubin. Beliau akan membuat lawatan mengejut demi menjaga kepentingan rakyat, khususnya di parlimennya.
Beliau turut menyebut masalah berlaku di Sekolah Menengah Khir Johari di sini yang menerima peruntukan dan tarikh kelulusan yang sama namun tidak siap hingga kini.
“Kontraktor dilantik menghantar simen dua kampit sehari dan projek tidak dapat disiapkan, terpaksa dibatalkan kontraktor itu, projek ini bukan besar dan sukar sangat ‘steel structure’ (struktur keluli), janganlah membohongi dan saya tidak mahu lagi tuduhan bahawa wakil rakyat atau kerajaan, ‘little Napoleon’...ini harus dihapuskan,” katanya.
Bercakap pada sidang media kemudian, Ahmad Zahid berkata, susulan projek itu, beliau akan memantau kesemua projek di parlimennya sama ada menggunakan peruntukan kerajaan atau disalurkan melalui ahli parlimen atau kementerian, jabatan dan agensi Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.