`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 28, 2018

Timbalan menteri tak tahu sebab pengguguran Siti Hasmah

M Saravanan berkata Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia tidak memberitahunya tentang keputusan menggugurkan isteri Dr Mahathir sebagai penaung.
saravananPETALING JAYA: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan tidak tahu tentang resolusi Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia (WTM) menggugurkan isteri bekas perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai penaung.
Beliau berkata WTM tidak memberitahunya tentang keputusan menggugurkan Siti Hasmah, 92, dan meminta FMT memeriksa perkara itu dengan Menteri Khairy Jamaluddin.
“Kadang-kadang WTM tak bagi tahu pada saya, cuma maklumkan pada menteri sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Saravanan menambah pihaknya tidak tahu apakah ciri-ciri yang dipertimbangkan oleh pihak persatuan dalam soal kelayakan seorang penaung.
“Saya tak tahu apa dia punya syarat dalam persatuan itu,” katanya.
Beliau diminta mengulas pengguguran isteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penaung WTM, selepas perkara itu dimaklumkan anak perempuannya, Datin Marina Mahathir pagi tadi di Twitter.
“Kami terima surat daripada mereka baru-baru ini memaklumkan mereka meluluskan resolusi meminta beliau berundur sebagai penaung. Beliau akan akur,” kata Marina kepada FMT.
Seorang pembantu Siti Hasmah memaklumkan surat itu ditulis pada 28 Disember 2017 selepas pihak jawatankuasa meluluskan resolusi itu melalui mesyuarat agung tahunan persatuan.
Bagaimanapun, surat itu mungkin diserahkan dengan tangan pada 22 Januari dan ditunjukkan pada Siti Hasmah keesokan hari, katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.