`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 23, 2018

KETUA PENGARAH JASA AKAN LUMPUHKAN JENTERA PILIHANRAYA & SABOTAJ UMNO

Jika benar ia merupakan surat dari Ketua Pengarah JASA,Puad Zarkashi maka berarti beliau memberi katadua  kepada pemimpin UMNO untuk menentukan kedudukannnya bertanding atau tidak hingga 26 April ini iaitu seharis sebelum penamaan calon. Sekiranya tidak maka beliau akan meletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA.
Punca kemarahanya adalah oleh kerana Ketua Wanita bahagiannya seorang peguam   telah dipilih untuk menjadi calon tetapi beliau sendiri tersingkir.Dalam suratnya yang menjadi tular beliau lebih dahulu mengsitiharkan untuk bertanding bebas P150Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.
Katanya  “Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam UMNO dalam memilih calon untuk PRU14.”
Meletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA,Puad Zarkashi  akan melumpuhkan jentera  porpaganda kerajaan dan UMNO yang diperlukan  untuk   bergerak lebih aktif , terancang dan berkesan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke14.
Ia juga akan memberikan pukulan moral yang hebat pada pandangan masyarakat dan semangat kerja UMNO sendiri.Puad mungkin dianggap tidak berpengaruh tetapi jentera JASA telah pun  mempunyai pengaruh hingga keakar umbi yang hanya perlu diaktifkan pada bila-bila masa.Bagaimana jika generalnya tidak ada.
Jika Puad melakukan apa yang telah dihebahkan menerusi suratnya yang telah pun ditularkan  maka tidaklah keterlaluan beliau boleh dianggap melakukan  sabotaj terhada jentera pilihanraya UMNO dan imej kepimpinan UMNO.Tetapi bolehkah beliau disalahkan?
Bagi saya sendiri walau apapun dikatakan  tentang kelemahan Puad  tetapi lebih bersifat peribadi. Beliau  telah menjalankan tugas dengan aktif, berani dan  mengorbankan intelektualismenya terutama  dalam merendahkan taraf kepimpinan dan sumbangan bekas PM ,Tun Doctor Mahathir kepada negara..
Tetapi itulah kerja seorang propagandis zaman  yang mahu menjamin  kemenangan parti dan kepimpinan Datk Sei Najib kerana Mahathir telah menjadi  musuh utama UMMO dan  PM Najib.
Jika beliau berasa bagitu kecewa,marah dan tidak adil terhadap dirinya kerana  ditolak untuk  menjadi calon Parlimen  bagi Batu Pahat sebaliknya seorang wanita UMNO yang pernah menjadi kontroversi dipilih maka beliau  adalah berhak untuk merasakan demikian. Siapapun  pun akan melakukan apa sahaja jika pengorbanannnya tidak dinilai malah dimalukan.
Puad  berasa dianggap seperti sampah dan berikrak akan menentang sistem yang rosak sekalipun akan  tersungkur  bagi kali terakhr.
Barangakli masih ada masa bagi pucuk pimpinan UMNO  untuk memjuknya.
– http://zamkata.blogspot.co.id

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.