`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, April 18, 2018

MAHATHIR TIDUR NAJIB PUN TIDUR JUGA

Punyalah takut pemimpin-pemimpin UMNO dan  PAS  Tun Mahthir akan kembali menjadi Perdana Menteri sehingakan Mahathir tertidur di suatu majlis  pun dijadikan modal politik  untuk menunjukan dia tidak layak kembali menjadi Perdana Menteri tetapi amat memalukan Annuar Musa Ketua Penerangan  UMNO yang menghantar gambar Mahathir tidur itu ke media sosial  apabila  bekas menteri Rafidah Aziz  telah membalasnya dengan gambar  Najib juga tidur di suatu majlis antarabangsa.
Ramai wartawan yang mengikut ilawatan Mahathir keluar negara tahu bila kepenatan Mahathir kelihatan tidur  diatas pentas forum dan sebagainya tetapi dia mempunyai kekuatan luar biasa jaga dalam tidur bila menjawab  pertanyaan dari peserta  menampakan kesegarannya  menyebabkan orang kagum bertepuk sorak mengkaguminya kepintarannya.
Haji Hadi yang dianggap oleh Mahathir hanya layak jadi ustaz  sekolah pondok sahaja tiba -tiba menawarkan jawatan untuk Mahathir berkhidmat  di Klinik 1Malaysa kerana dah tua tetapi dia tidak sedar dengan tawaran itu dia memberikan  pengikhtirafan  Mahathir masih boleh mengamalkan profesionnya sebagai doctor,pengakuan terhadap kesehatan mental dan fisikalnya yang diperlukan untuk jadi Perdana Menteri.
Suatu masa ketika proksi  Anwar Ibrahim menguasai Pas, lidah rasmi Pas  Harakah  telah menerbitkan gambar  Haji Hadi kembali menjadi nelayan. Itulah tarafnya yang sebenar pada mata  generasi muda Pas.Penghinaan yang tidak ada taranya dari Pas sendiri.Sekarang rakyat sedang melihat dia sedang dipermainkan  oleh UMNO.Orang yang fanatik pun lari darinya kerana malu.Balik kamponglah Ustaz,buka sekolah tahfuz lebih baik lagi,jadi ahli politik lebih banyak bohong dan lebih banyak dosa.Dosa kafirkan UMNO pun tak terbayar lagi.
Dibawah ini adalah jawapan saya kepada  komen seorang pengikut blog saya yang memberikan beberapa fakta Mahathir tidak layak kembali jadi PM termasuk kerana tidur:
KETAKUTAN DISEBALIK KETUAANNYA
Pemimpin-pemimpin UMNO dan Pas dan penulis-penulis upahan semakin rancak memperkecilkan keupayaan Mahathir untuk mengambilalih jawatan Perdana Menteri. Ia adalah copycat kepada tulisan2 yang bermotif sama sebelum ini.Tetapi disebalik kenyanyukannya dan keletihannnya tersembunyi ketakutan dan perasaan cemburu musuh politiknya kepada   kekuatannya yang yang tidak dapat dijangka dan dikagumi tidak sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi juga dunia bila beliau menunjukannya.
Dalam usia 93 tahunya beliau sedang mengangkat martabat orang Melayu dan juga bangsa Malaysia dari segi kekuatan minda  dan juga fisical.
Untuk pengetahuan  ramai  kekuatan Mahathir naik dan turun tangga bukanlah sesuatu yang dilakonkannya seperti didkwa  malah diketahui oleh doctornya dan juga orang-orang yang rapat dengannya.Beliau tidak akan mensia-siakan kudrat yang diberi oleh Allah kepadanya untuk mengisi masa dan meningkatkan keupayaannya sendiri bagi menjadi contoh manusia yang tahu menggunakan rahmat Allah dengan sewajarnya.
Dalam suatu kem bena semangat yang diadakan dan ketika itu beliau baru sahaja menjalani pembedahan, Mahathir telah menyertai perlawanan tarik tali antara perserta walaupun dilarang oleh doctornya yang takut untuk memberitahu sendri kepadanya dan saya diminta untuk memberitahunya tetapi beliau tidak peduli.
Demikian juga ketika menaiki atau turun tangga kapal terbang,beliau suka berlari anak.
Dan dalam majlis forum antarabangsa yang saya  dan bersama kawan-kawan lain liputi sebagai wartawan,ada kalanya beliau nampak terdidur tetapi bila menjawab soalan ternyata bukan datang dari seorang yang tidur sebaliknya meghidupkan majlis dengan  jawapan yang pintar dan meyakinkan dan diberikan tepukan hangat oleh para hadirin yang tadinya melihat dia tidur.Rupanya Mahathir tidur dalam jaga.
Dari kemampuan berfikir, rakyat lebih suka untuk membaca atau mendengar apa yang dikatakannya dari ucapan berdegar2 ,menjerit2 Bugis  Najib yang tidak dapat membuka fikiran rakyat dengan pandangan-pandangan baru sebaliknya yang pernah didengar berkali2, basi atau oudated.
Kebekuan otak saudara yang menghina Mahathir ini adalah kerana saudara terlalu banyak mendengar ucapan Najib dan tidak ucapan Mahathir yang melampaui zaman
Tulisannya  menunjukan kerendahan berfikir penulis sendiri yang dikongkong oleh kebencian,prajudis dan sentimen melulu ,tidak sanggup menerima realiti,berbau busuk hati serta ketakutan bahawa Mahathir akan kembali menjadi Perdana Menteri yang lebih baik dari Najib diusia tuanya.
Dalam keadaan sekarang rakyat tidak mahu memberi peluang kepada Najib tetapi mahu memberi peluang kepada Mahathir untuk mencatitkan sejarah negara sebagai seorang tua yang dapat mencipta record baru bagi bangsa dan negara  dan menjadi Perdana Menteri kali kedua dalam usia 93 yang tak termampu dilakukan  oleh pemimpin lain didunia dan merupakan yang pertama dalam sejarah Malaysia..
Dunia sedang menunggu untuk memberikan tepuk sorak paling hangat bagi kemenangan Mahathir . Mari kita membantunya untuk mendengar tepukan bersejarah ini.
– http://zamkata.blogspot.sg

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.