`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 21, 2018

Saya diajar tak khianat rakan, rakyat dan negara, kata Musa

Ketua menteri Sabah itu berkata, itu yang dilakukan pemimpin pembangkang di negeri itu ketika bersama Umno dan rakyat perlu menolak mereka yang berjuang atas faktor inginkan kuasa.
SANDAKAN: Amalan mengkhianati rakan tidak seharusnya diamalkan dalam politik, kata Tan Sri Musa Aman.
Ketua menteri Sabah itu berkata, beliau diajar sejak hari pertama menyertai politik supaya tidak mensabotaj rakan.
“Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun juga menunjuk ajar pada saya supaya tidak mengkhianati rakan, parti, rakyat dan negara. Paling penting, Islam juga mengajar kita supaya ikhlas dalam perjuangan dan adil untuk sebarang tindakan kepada semua bangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Jalinan Kasih Bersama Nelayan Sandakan dan Program Majlis Jalinan Kasih Nelayan Bersama Pemimpin dan Pelancaran Penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Libaran di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, itulah yang dilakukan pemimpin parti pembangkang di negeri ini ketika berada di dalam Umno.
Justeru, Musa mahu rakyat menolak pemimpin seperti itu yang disifatkan berjuang atas faktor inginkan kuasa.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan nelayan menerusi program bantuan khas golongan itu bagi memastikan mereka hidup dalam keadaan selesa.
Katanya, kerajaan sangat menghargai peranan penting nelayan sebagai penyumbang sumber makanan utama di negara ini.
Pada majlis tu, Musa turut menyampaikan replika cek RM2 juta untuk bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada anggota PNK Sandakan dan RM650,000 bagi Program Pemantapan 15 PNK di negeri ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.