`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 19, 2018

Pengerusi SPR nafi hadir ke rumah bekas PM

Hashim Abdullah berkata menafikan artikel mendakwa beliau pergi ke kediaman Najib dan mengucapkan kata-kata kesat terhadap wartawan.
PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menafikan beliau pergi ke kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengeluarkan kenyataan kesat terhadap wartawan yang membuat liputan di situ.
Beliau menyelar tindakan tidak bertanggungjawab 2 pengendali laman sosial Facebook terbabit .


“Ini adalah fitnah dan berniat jahat. Artikel tersebut disiarkan oleh kedua-dua laman sosial Facebook berkenaan semalam dengan menggunakan gambar serta video seseorang yang mirip saya.
“Akibat daripada tindakan tersebut menyebabkan saya telah difitnah dan orang ramai dihasut serta didorong untuk mengeluarkan kata-kata jelik kepada saya yang juga boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada saya,” katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Hashim berkata laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat terhadap pengendali laman Facebook berkenaan kerana memfitnah dengan niat jahat. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.