SELEPAS mengalami kekalahan sehingga hilangnya kerajaan berusia 61 tahun, Umno masih buntu mencari jalan untuk bangkit kembali. Rasa terkejut menjadikan para pemimpin Umno seperti hilang akal bagaimana hendak menggerakkan semula parti itu. Masih “kemamaian”.
Keadaan yang berlaku dalam Umno kini sudah dijangka, tetapi kesannya tidaklah seperti hari ini. Hilang hampir semua negeri diperintahnya sejak berdekad tewas kecuali Pahang dan Perlis.
Setelah tiga minggu, Umno masih berkabung, belum ada apa-apa majlis bersifat rakyat diadakan oleh untuk menyuntik semangat kalangan ahli parti itu. Pemimpin masing-masing seakan masih mengosok-gosok kesakitan dialaminya. Ada juga yang tersipu-sipu malu dengan kekalahan masih belum keluar rumah.
Haya kalau pun ada ialah mesyuarat MT yang menjadi rutin bulan parti itu. Sepatutnya Umno segera melupakan kesakitan dan kekalahan dan segera bingkas bergerak mempersiapkan diri menjadi pembangkang di parlimen. Peranan mereka bukan kecil di parlimen untuk menjadi check and balance kepada kerajaan PH.
Kalah menang.
Pemimpin Umno seharusnya menyedari aset dan nilai apa yang ada kepada mereka serta tahu untuk berbuat sesuatu dalam penyuburan demokrasi negara ini. Kalah bukan hilang semua, menang bukan dapat semua.
Kalah menang.
Pemimpin Umno seharusnya menyedari aset dan nilai apa yang ada kepada mereka serta tahu untuk berbuat sesuatu dalam penyuburan demokrasi negara ini. Kalah bukan hilang semua, menang bukan dapat semua.
Kerajaan PH hendaklah diingat kerajaan baharu walaupun ia dipimpin atau diketuai oleh orang lama seperti Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan lain-lain. Dalam suasana itu ia perlu dibimbing. Banyak menteri yang dilantik muka-muka baharu belum berpengalaman masih hijau dengan seluk beluk pengurusan dan pentadbiran. Mereka mungkin terdiri para profesional dalam berbagai bidang, tetapi pengalaman mentadbir sebuah kerjaan masih belum ada. Sudah tentu mereka memerlukan tunjuk ajar dan kritikan. Umno boleh memainkan peranan itu.
Hishamuddin Hussein |
Mustapa Mohamed |
Dengan pemimpin tersisa dimenangkan rakyat dalam pilihan raya lalu Umno dapat berfungsi sebagai pembangkang yang baik. Antara pemimpin tersisa dimenangkan rakyat ada beberapa menteri dan bekas menteri. Misalnya Mustapa Mohamad, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Azalina Othman Said, Tengku Razaleigh Hamzah, Annuar Musa, Hishamuddin Hussein hatta Najib Razak dan Zahid Hamidi sendiri. Najib pengalamannya menjadi PM selama hampir 10 tahun ada kebaikan tertentu yang boleh dikongsikan.
Setidak-tidaknya beliau boleh mengingatkan kerajaan PH supaya tidak melalui jalan yang pernah dilaluinya sehingganya runtuhnya kerajaan UBN.
Ikhlas saya katakan, peranan pembangkang tidak mampu untuk digerakkan oleh sebuah lagi parti pembangkang, parti agama (Pas). Walaupun mereka mempunyai kekuatan 18 ahli parlimen, tetapi sejauh mana kemampuan mereka sudah dapat diukur sebelum ini. Jadi, kelebihan atau kematangan untuk menjadi pembangkang ada kepada Umno bukan parti itu.
Ayat-ayat Quran masih boleh dibaca dalam parlimen tetapi ia tidak releven dalam sesetengah juzu lebih global. Dalam juzu untuk memancukan pembangunan yang memerlukan idea dan teori ekonomi global ia tidak dapat diatasi dengan membaca ayat-ayat Quran yang bersifat general. Aset ini yang ada kepada kumpulan pembangkang itu yang tidak memberi banyak kebaikan dapat dipenuhi oleh pembangkang daripada Umno.
Segrakan tindakan.
Berbalik kepada keadaan Umno yang kini masih belum terjumpa punca mencari kekuatan baharu, parti itu perlu menyegerakan tindakan. Proses pemilihan kepimpinan parti diperingkat cawangan dan bahagian yang berjalan sekarang ini, sepatutnya digunakan untuk merencanakan tindakan ke depan Umno. Mencari ubat dan penawar untuk mengubat para tetera yang cedera dan masing berada di parking dalam khemah.
Segrakan tindakan.
Berbalik kepada keadaan Umno yang kini masih belum terjumpa punca mencari kekuatan baharu, parti itu perlu menyegerakan tindakan. Proses pemilihan kepimpinan parti diperingkat cawangan dan bahagian yang berjalan sekarang ini, sepatutnya digunakan untuk merencanakan tindakan ke depan Umno. Mencari ubat dan penawar untuk mengubat para tetera yang cedera dan masing berada di parking dalam khemah.
Perebutan jawatan seperti dahulu mungkin tidak berlaku lagi kerana Umno bukan lagi kerajaan. Sudah ada ketua cawangan yang berundur secara terhormat dan memberi laluan kepada muka baharu. Tindakan itu baik untuk pemulihan Umno. Walaupun kesedaran itu lambat tetapi ia masih berguna buat Umno melakukan perubahan bagi memuhasabah diri.
Bagaimana pun pemimpin yang berundur dengan terhormat selepas Umno kehabisan madu itu hendaklah tidak terus meninggalkan parti nasionalis itu. Mereka perlu menjadi penasihat dan pengeras semangat kepada generasi baharu yang akan mengambil alih kepimpinannya. Harta dan kekayaan yang mereka kumpul semasa Umno memerintah perlu dilaburkan untuk masa depan Umno. Jangan kupit. Kekalahan UBN itu menguji jiwa patriotisme mereka yang dibanggakan selama ini.
Lagu propagangis menjadi tagline Umno, Anak Kecil Main Api, yang sering diputar sebelum ini harus dihayati seni katanya.
Satu perkara yang tidak memberi kebaikan kepada Umno dalam bertawakus untuk menjadi pembangkang yang baik serta menyusun semula parti itu, ialah tindakan bekas pemimpinnya Najib Razak. Nampaknya Najib masih belum mengakui hakikat kekalahannya dan masih ego bila mana terus melontarkan kritikan dan sindiran kepada kepimpinan Dr Mahathir.
Beberapa tindakan segera Dr Mahathir mengubah haluan negara yang dibentuknya (Najib) dengan membatalkan beberapa projek mega tidak disenangi oleh Najib malahan dianggap tindakan Dr Mahathir itu sebagai retorik dan ganjil.
Penyiasatan ke atas syarikat IRC Internasional yang ada kaitan dengan skandal 1MDB, masih lagi cuba dinafikan oleh Najib dan tetap percaya beliau berada di pihak benar. Sepatutnya Najib tidak perlu menunjukkan keyakinan gelabahnya itu dan biarkan sahaja siasatan itu dijalankan dan tunggu hasilnya.
Percayalah tindakan Najib cuba menafikan kepentingan penyiasatan ke atas skandal 1MDB yang ada kaitan dengannya tidak memberi apa-apa keuntungan kepada Umno untuk membina masa depan dan keyakinan orang ramai. Tindakan itu akan dilihat itulah sikap Umno yang angkuh selama ini enggan menerima hakikat.
Berhenti bersuara.
Najib perlu berhenti bersuara. Beliau perlu sedar keadaannya sekarang ini. Betapa beliau mempertahankan polisinya selama ini rakyat tidak dapat menerimanya lagi. Pilihan raya lalu rakyat telah menghukum beliau dan kekalahan UBN itu merupakan pengesahan kepada penolakan itu.
Berhenti bersuara.
Najib perlu berhenti bersuara. Beliau perlu sedar keadaannya sekarang ini. Betapa beliau mempertahankan polisinya selama ini rakyat tidak dapat menerimanya lagi. Pilihan raya lalu rakyat telah menghukum beliau dan kekalahan UBN itu merupakan pengesahan kepada penolakan itu.
Jika Najib terus “cepelak” dibimbangi Umno tidak dapat menumpukan kepada usaha untuk menjadi pembangkang terbaik nanti. Apa lagi teguran dan sindir Najib kepada Dr Mahathir sekarang ini ia bertolak daripada elemen peribadi.
Masa untuk berbalah kerana dendam dan tidak puas hati sudah pun berlalu. Sekarang adalah tanggungjawab bersama untuk menjamin masa depan negara. Kalau selama ini pihak yang hari ini menjadi pembangkang dapat bersabar dengan birokrasi dilakukan kerajaan UBN, maka begitu jugalah diharap kepada Umno sebagai pembangkang kini. Terimalah hakikat kekalahan.
Yang penting nilai kepembangkangan yang akan ditunjukkan Umno nanti yang baik dan memberi manfaat kepada pembangunan negara. Yang penting juga Umno sebagai parti berpengalaman akan menggerakkan politik dan sidang parlimen kelak sebagai sebuah oposisi yang profesional sesuai dengan takah usianya sebagai parti terlama di negara ini.
Jika itu dapat dilakukan Umno tidak mustahil kepercayaan rakyat kepadanya akan kembali semula, apa lagi kepimpinan baharu kelak menunjukkan politik yang berkualiti tinggi dan sedia meninggalkan budaya egosime Umno selama ini.
Jika itu dapat dilakukan Umno tidak mustahil kepercayaan rakyat kepadanya akan kembali semula, apa lagi kepimpinan baharu kelak menunjukkan politik yang berkualiti tinggi dan sedia meninggalkan budaya egosime Umno selama ini.
– http://msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.