`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 22, 2018

Zahid, Hishammuddin jumpa Raja Perlis berhubung pelantikan MB

Pertemuan dengan Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berlangsung selama kira-kira 1 jam 20 minit di Istana Arau.
(Gambar Facebook)
ARAU: Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, dipercayai berkaitan isu pelantikan menteri besar Perlis yang belum selesai.
Zahid yang disertai Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilihat memasuki kawasan Istana kira-kira pukul 11.20 pagi menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
Tuanku Syed Sirajuddin pula dilihat memasuki kawasan Istana menaiki kenderaan rasmi baginda kira-kira pukul 11.55 pagi.
Pertemuan berlangsung selama kira-kira 1 jam 20 minit sebelum Zahid dan Hishammuddin dilihat keluar dari kawasan Istana kira-kira pukul 1.15 tengah hari.
Mereka hanya melambai ke arah wartawan yang menunggu di luar istana manakala kenderaan yang membawa mereka tidak berhenti.
Pertemuan dipercayai berkaitan isu pelantikan menteri besar yang belum selesai setelah semua 10 Adun dari Barisan Nasional (BN) menghadap Tuanku Syed Sirajuddin pada 18 Mei lepas.
Sebelum itu pada 12 Mei, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan mempersembahkan 3 nama kepada Tuanku Syed Sirajuddin untuk dipilih sebagai menteri besar.
Kemelut yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas itu berlanjutan sehingga hari ke-13 hari ini, seakan-akan menyamai kes pelantikan menteri besar pada 2008 yang mengambil masa sehingga 2 minggu untuk diselesaikan.
Pada PRU14, BN memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN yang dipertandingkan, cukup untuk BN menubuhkan kerajaan, namun sehingga hari ini Perlis adalah satu-satunya negeri yang belum melantik menteri besar. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.