`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 19, 2019

Permaisuri Kelantan kongsi kisah pertemuan pertama dengan Sultan Muhammad V

Muhammad V of Kelantan et al. posing for a picture: Permaisuri Kelantan Rihana Oksana Petra kongsi kisah berkenalan dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di laman sosial. — Foto ihsan Instagram/rihanapetra© Provided by Malay Mail Sdn Bhd Permaisuri Kelantan Rihana Oksana Petra kongsi kisah berkenalan dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di laman sosial. — Foto ihsan Instagram/rihanapetra
KUALA LUMPUR, 19 Jun — Setelah sekian lama menjadikannya rahsia peribadi, Permaisuri Kelantan Rihana Oksana Petra akhirnya mendedahkan pertemuan pertama dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Baginda mendedahkan bibit cinta bersama Sultan Muhammad bersemi sejak pertemuan pertama kali pada musim bunga 2017 di Eropah.
“Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib, Jacob Araco. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.
“Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow,” tulis baginda di Instagram.
Baginda permaisuri kemudian bertukar nombor telefon sebelum mengetahui berita mengenai Sultan Muhammad V.
Pada 22 November lalu, portal Daily Mail melaporkan pasangan itu telah disatukan dalam satu majlis gilang-gemilang di Russia.
Sehari sebelum sambutan Aidilfitri, baginda berkongsi berita gembira mengenai kelahiran putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Farid Petra.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.