`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, September 18, 2019

Backfire : Untuk Perhatian Sahibus Samaha Botol (bodoh tolol) : Beli Buatan Islam Dulu, Beli Buatan Bukan Islam Last Mula Berkesan, Islam Miskin Dulu

Terima kasih kepada pembaca yang telah kongsi maklumat berikut :

No. 1  Pengusaha Melayu Islam yang menanam cili (cabai merah) mengalami kerugian besar apabila pembeli tradisional panik dan takut untuk membeli cili merah hasil ladang mereka.  Berita dalam Sinar Harian : 








No. 2   Pengusaha Melayu Islam penanam timun mengalami kerugian besar apabila pemborong tradisional semua panik dan takut membeli timun daripada ladang mereka.



My comments :  Eh eh saudara jangan fitnah orang Cina. Tak baik macam itu.

Bukan saja peniaga dan pemborong Cina tetapi semua pembeli, peniaga dan pemborong sekarang sudah panik dan takut untuk membeli apa pun. Bukan saja peniaga Cina. Jangan fitnah Cina ok. 

Sebab sekarang dengan kempen syaitan "beli buatan Islam dulu, beli buatan bukan Islam last" ramai pembeli Melayu Islam sudah keliru.

Bila suri rumah, makcik dan bini  pergi beli barang dapur di  kedai, supermarket, pasar pagi dan pasar malam, mereka sekarang sangat syak wasangka dan khuatir jika barang yang dijual itu buatan Islam atau buatan bukan Islam.

Kita ambil contoh al kisah timun dan cili merah di atas ini. Macam mana pula pembeli Melayu Islam boleh tahu bahawa cili merah dan timun itu adalah hasil usaha tanaman orang Melayu atau bukan Melayu?

Cili merah dan timun itu tidak ada cop 'Hasil Tanaman Orang Melayu". 

Pengeluar cili merah dan timun tidak boleh buat kerja bodoh untuk meletak cop 'Hasil Tanaman Orang Melayu'  pada setiap biji cili merah dan setiap buah timun.   

Masalah yang lebih besar ialah walaupun cili merah dan timun itu adalah hasil usaha orang Melayu, apabila cili merah dan timun itu dijual dalam kedai kepunyaan bukan Islam, supermarket bukan Islam, warong bukan Islam atau pasar pagi bukan Islam dsbnya, sudah tentu pembeli Melayu Islam TIDAK AKAN MEMBELI JUGA cili merah dan timun itu.

SEBAB PEMBELI MELAYU AKAN RASA CURIGA BAHAWA CILI MERAH DAN TIMUN YANG DIJUAL DI KEDAI KEPUNYAAN BUKAN ISLAM MESTI JUGA  PENGELUARAN ORANG BUKAN ISLAM DAN SETERUSNYA MEREKA TIDAK AKAN MEMBELI CILI DAN TIMUN ITU

DALAM KEADAAN BEGINI SEMUA PENIAGA DAN PEMBORONG - TAK KIRA CINA, INDIA, MELAYU, JERMAN, JEPUN, ITALI AKAN PANIK DAN TAKUT UNTUK MEMBELI HASIL PENGELUARAN ORANG ISLAM. SEBAB PENGGUNA ISLAM AKAN CURIGA MEMBELI BARANG ITU DARIPADA PENIAGA BUKAN ISLAM.

TAMBAH LAGI  KATAKANLAH PEMBORONG CINA BUAT KERJA BODOH MELETAK COP  "HASIL PENGELUARAN ORANG MELAYU" PUN,  PEMBORONG CINA ITU MENGALAMI  RISIKO  DITUDUH  MENIPU PULA.

JADI UNTUK MENGELAKKAN HIDUP MEREKA YANG AMAN DAN HARMONI MENJADI HURU HARA DAN KUCAR KACIR, LEBIH BAIK SEMUA PEMBORONG BUKAN ISLAM  MENJAUHI TERLIBAT SEBARANG URUS NIAGA DENGAN PENGELUAR MELAYU ISLAM.  CARI PASAL SAHAJA. 

SO NOW  THE CHINESE WHOLESALERS HANYA AKAN BELI BORONG DAN JUAL BORONG DI KAWASAN BUKAN MELAYU SAJA (JINJANG, OLD KLANG ROAD, PASIR PINJI, IPOH BARAT, BUNTONG) SEBAB KURANG RISIKO DAN MASALAH BARANG TAK BOLEH DIJUAL.

MEREKA TIDAK AKAN BERANI MENJUAL BARANG DI KAWASAN MELAYU SEBAB TAKUT ORANG MELAYU BOIKOT BARANG MEREKA. MAKSUDNYA DI KAWASAN MELAYU PULA BARANG DAPUR DAN PASAR AKAN BERKURANGAN. BILA JUMLAH BARANG YANG DIJUAL BERKURANGAN HARGANYA AKAN NAIK. ORANG MELAYU AKAN TERPAKSA BAYAR HARGA YANG LEBIH TINGGI UNTUK SAYUR, IKAN DAN BARANG KEPERLUAN. THIS IS WHAT WILL HAPPEN.

Jadi saya cadangkan sahibus samaha botol (bodoh dan tolol) itu beli saja semua cili merah dan timun daripada semua pengeluar Melayu dalam negara kita dan ditumbuk cili merah itu untuk sambal belacan satu lori atau dua lori. 

Sahibus samaha botol (bodoh dan tolol) itu boleh juga menjemput kesemua pengikutnya untuk makan salad timun sebanyak sepuluh atau dua puluh kontena.  Kalau mula hari ini, kemungkinannya boleh habis makan kesemua timun dan sambal belacan pada tahun 2025.

1 comment:

  1. Syed.yang Bodoh Dan BAHALOL tu kamu.yg kamu buat posting tu sumber dari Fake News .
    Sekarang tahu Tak kenapa Madey Tak bagi jawatan kepada kamu?
    Sebab kamu BOTOL .

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.