`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 16, 2019

Harga telur gred E masih lebih tinggi, Najib tegur kerajaan

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri mempersoalkan kemampuan kerajaan mengawal harga barang kerana harga telur gred E, C dan AAA sekarang masih lebih tinggi berbanding sebelum pilihan raya umum ke-14.
Najib Razak berkata harga telur masih 32 sen bagi gred E, 37 sen bagi gred C dan 40 sen bagi gred AAA, atau masing-masing masih 52%, 54% dan 48% lebih tinggi.
“Itu harga ladang. Harga runcit lagi tinggi,” katanya di Facebook, memetik data terbaru harga telur di ladang yang diterbitkan Jabatan Veterinar dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Beliau menjelaskan harga telur di ladang sebelum PRU-14 adalah 21 sen bagi gred E, 24 sen bagi gred C dan 27 sen bagi gred AAA.
Kenyataan Najib itu hampir setahun selepas sidang akhbar Menteri Salahuddin Ayub pada 17 Disember tahun lepas, di mana kerajaan memberi jaminan harga telur ayam yang mengalami kenaikan ketara sebelum itu kembali stabil bermula hari itu.
Ketika itu, Salahuddin mengumumkan pengeluar telur ayam bersetuju untuk mengurangkan harga telur ayam di ladang setiap gred sebanyak dua sen bagi menstabilkan harga telur di pasaran.
Menteri menambah kenaikan harga berpunca daripada kematian ayam di beberapa ladang yang berpunca daripada penyakit ayam yang sering menyerang ayam berkenaan, serta kenaikan bahan makanan ternakan akibat kadar tukaran asing.
“Berapa tahun lagi ayam nak sakit?” kata Najib, menyoal adakah alasan tahun lepas masih sah sekarang ini.
Najib terpanggil untuk menimbulkan isu harga telur kerana tidak ada menteri yang bercakap tentang isu itu.
“Mungkin sudah tiba masa untuk menteri membuat satu lagi sidang akhbar bagi mengumumkan harga telur turun,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.