`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 3, 2019

Kegilaan Pakatan Harapan

Hari ini apa telah terjadi? Kit Siang, Anwar dan semua pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan jilat balik ludah mereka sendiri. Yang dipanggil lanun, penyamum dan perompak diangkat menjadi Perdana Menteri ke-7.  Yang dipanggil Al Juburi disokong untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan memang sudah gila. Kenyataan mereka tidak masuk akal langsung dan logic macam budak kecil.
DAP mengatakan yang selama 61 tahun Malaysia telah dirompak oleh Umno dan pada 9 Mei 2018 Malaysia telah dimerdekakan. Ini bermaknya dari 31 Ogos 1957 hingga 9 Mei 2018 Malaysia belum Merdeka.
Kalau macam itu, kenapa empat hari dahulu Malaysia menyambut ulang tahun Merdeka yang ke-62? Sepatutnya tiga bulan sebelum itu lah, iaitu pada 9 Mei 2019, Malaysia menyambut ulang tahun Merdeka Pertama.

DAP kata Merdeka ialah pada 9 Mei 2018 dan bukan 31 Ogos 1957

Sekiranya semenjak dari 31 Ogos 1957 hingga 9 Mei 2018 Umno telah merompak Malaysia, ini bermakna Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam semuanya perompak. Jadi, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Najib Tun Razak semuanya perompak — apa yang dipanggil DAP ‘kleptocrats’.
Ini bukan saya kata. Ini apa Lim Kit Siang yang kata. Dan sekiranya Mahathir perompak, sebab apa DAP menyokong Mahathir menjadi Perdana Menteri yang ke-7? Bukan ke ini benda yang gila?
Pada tahun 1993, Kit Siang telah menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang yang cuba menutup rahsia berkaitan dengan Bank Negara yang rugi sebanyak RM31.5 bilion di dalam pasaran matawang. Kit Siang telah mendesak Anwar untuk meletak jawatan atas kesalahan membohong kepada Parlimen dengan menafikan yang Bank Negara telah rugi sebanyak RM31.5 billion.

Kit Siang kata Mahathir, Daim dan Anwar adalah lanun, penyamum, dan perompak

RM31.5 bilion pada masa itu sama dengan RM60 bilon hari ini. Ini bermakna kerugian Bank Negara lebih besar dari isu 1MDB. Dan Anwar telah menutup kesalahan ini dan telah berbohong kepada Parlimen.
Pada tahun 1993, Kit Siang telah kutuk Anwar dan telah suruh Anwar letak jawatan. Kit Siang juga telah kutuk Mahathir dan juga telah mendesak untuk mengambil tindakan keatas Mahathir. Hari ini, Kit Siang dan seluruh Pakatan Harapan mahu Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri ke-8.
Gila atau tidak?

Kit Siang kata sekiranya Pakatan memerintah, Mahathir perlu ditangkap dan disumbat ke dalam penjara
Kit Siang dan ramai pemimpin-pemimpin DAP telah ludah muka Mahathir. Mereka telah menggelar Mahathir sebagai lanun, penyamum, dan perompak. Tun Daim Zainuddin dan Anwar juga telah dituduh menyalah guna kuasa dan melakukan rasuah. Anwar juga telah melempar berbagai-bagai tuduhan terhadap Mahathir dan Daim. Mahazalim dan Mahafiraun ialah gelaran yang Anwar beri kepada Mahathir.
Hari ini apa telah terjadi? Kit Siang, Anwar dan semua pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan jilat balik ludah mereka sendiri. Yang dipanggil lanun, penyamum dan perompak diangkat menjadi Perdana Menteri ke-7.  Yang dipanggil Al Juburi disokong untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.
Gila atau tidak? Atau lebih dari gila?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.