`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, September 19, 2019

PAS Tidak Sedia Bersama PH Selagi Ada DAP

(Harakah) – PAS menolak kerjasama dengan PH selagi ada bersama komponen itu DAP, yang secara jelas menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato’ Husain Awang menegaskan, PAS menolak PH kerana pakatan itu menolak Islam yang diperjuangkan oleh PAS terutama DAP.
Oleh itu, katanya PAS tidak bersedia untuk bersama dengan kerajaan PH selagi parti DAP ada bersama PH.
“Sebab Pakatan Harapan awal-awal lagi sudah menolak Islam yang diperjuangkan oleh PAS terutama sekali DAP, yang mengetuai PH sekarang ini, yang menguasai dan mempengaruhi Pakatan Harapan ialah DAP.
“Kita tidak bersedia untuk bersama Pakatan Harapan selagi DAP ada bersama PH,” tegasnya kepada Harakahdaily selepas majlis Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 2.0 Peringkat Negeri Terengganu, di Dewan Kompleks Tarbiah At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, Kuala Nerus, malam tadi.
Menurutnya, DAP menguasai dan mempengaruhi kerajaan PH selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
Selain itu, kata Dato’ Husain, PAS Terengganu kini sedang giat mengadakan kempen menambah keahlian sebanyak 15,000 ahli baharu sehingga akhir tahun ini.
“Tujuan program ini ialah untuk mencapai matlamat keahlian PAS bagi negeri Terengganu (tambahan) 15,000 ahli baharu untuk tahun ini.
“Kedudukan sekarang ini telah kita capai sekitar 12,000 keahlian dan masih kekurangan 8,000 hingga 10,000 ahli. Insya-Allah, dengan kempen ini sasaran untuk kita capai akan berjaya dalam tempoh empat bulan lagi,” jelasnya.
Menurutnya, sebagai galakan kepada PAS kawasan masing-masing bayaran insentif sebanyak RM5,000 akan diberikan jika mencapai sasaran itu.
Namun, katanya, bagi kawasan yang hanya mencapai sasaran minimum keahlian baharu PAS seramai 1,500 ahli akan menerima saguhati RM1,000 sahaja.
Pada majlis itu, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) menerima agihan borang keahlian PAS yang disampaikan beliau.
Majlis Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 2.0 Peringkat Negeri Terengganu ini hanya melibatkan dua kawasan, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sahaja, manakala kawasan lain akan diadakan di tempat masing-masing.
Hadir sama Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Bendahari PAS Terengganu, M. Sukrimun Samsuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buloh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim dan Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.