`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 15, 2019

Rakyat Melaka dinasihat tidak panik isu gangguan bekalan air

MELAKA: Penduduk Melaka dinasihatkan supaya tidak panik dengan situasi semasa gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan mereka kerana ia sedang ditangani sebaik mungkin, kata Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri Mohd Sofi Abdul Wahab.
Beliau berkata Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sedang mengambil langkah proaktif bagi memastikan gangguan bekalan air di kawasan terjejas pulih dalam tempoh segera.
Katanya antara langkah berkenaan termasuk menghantar bekalan dengan lori tangki ke kawasan yang terjejas secara berjadual.
“Bagi memastikan bekalan air tidak terjejas, SAMB juga telah mendapatkan bekalan air dari negeri jiran dan notis pemberitahuan gangguan bekalan serta jadual lori tangki ke kawasan terlibat juga dimaklumkan melalui media seperti media elektronik, cetak selain media sosial rasmi SAMB.
Rakyat juga diharap dapat melaporkan gangguan bekalan yang berlaku di kawasan mereka bagi membolehkan SAMB mengambil langkah segera menangani isu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata Badan Kawal Selia Air negeri juga sedang melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan sumber air mentah di empangan.
Pada masa sama, penduduk di Melaka diminta menggunakan air secara berhemat khususnya sepanjang musim kemarau ini selain segera melaporkan sekiranya terdapat paip pecah atau pembaziran air di kawasan mereka.
Sofi berkata mereka juga diminta mengadakan solat istisqa’, hajat dan berdoa supaya hujan turun di negeri ini khususnya di kawasan empangan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.