`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, October 15, 2019

Belanjawan 2020 Banyak Kelemahan

Zahida Zarik Khan, Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia
Adakah pihak kerajaan yakin yang mereka akan memperolehi RM300 billion untuk membiayai Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada hari jumaat yang lepas di Parlimen? Nampaknya kerajaan akan menerbitkan bon, maksudnya kerajaan akan meminjam duit untuk membiayai Bajet 2020.
Pakatan Harapan sering berkata bahawa negara menghadapi masalah disebabkan oleh hutang lama yang di tinggalkan oleh kerajaan sebelum ini. Tetapi, hutang yang kononnya kerajaan sebelum ini tinggalkan tidak di “serviced” pun. Malah, hutang makin meningkat lagi. Jadi, dari segi apa hutang kerajaan terdahulu tinggalkan yang boleh menyakitkan negara?
Sabah dan Sarawak tidak berpuas hati dengan bajet yang dibentangkan. Rakyat dari Sabah dan Sarawak sedang mengkaji belanjawan tersebut berdasarkan kepada jumlah wang yang diperuntukkan kepada mereka berbanding dengan jumlah sumbangan mereka kepada ‘Faderal Coffers’. Dan juga, apa yang disumbangkan oleh mereka kepada negara tidak setimpal dengan apa yang diperuntukkan untuk mereka yang dari Sabah dan Sarawak.
Faktor penting lain yang tidak menjadi keutamaan dalam Belanjawaan 2020 adalah terhadap golongan muda. Penduduk Malaysia berkembang dengan pesat sekali dan ini bermakna penduduk di bawah umur 30 tahun telah meningkat. Dalam 50 tahun, dari tahun 1969 sehingga 2019, jumlah populasi di Malaysia telah meningkat dari 11 juta sehingga 30 juta orang. Bagaimanakah kerajaan hendak menguruskan dari segi peluang pekerjaan dan peluang pendapatan untuk golongan belia yang populasi mereka sedang pesat meningkat?
Kerajaan perlu mengambil serius pada golongan muda kerana peluang pekerjaan berkemungkinan tidak dapat menampung kesemua daripada mereka disebabkan populasi yang sedang pesat meningkat. Jadi, apakah akan terjadi dengan golongan muda dan bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan mereka? Di negara-negara lain seluruh dunia, peningkatan kadar jenayah adalah disebabkan oleh kadar pengangguran yang meningkat. Sekiranya mereka dari golongan muda ini tidak disediakan peluang untuk mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan, maka ini akan menimbulkan ketidakstabilan kepada Negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.