`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 10, 2019

Ibarat Ketam Mahu Ajar Anak Berjalan Dengan Betul.

ZAHIDA ZARIK KHAN
Memandangkan reaksi terhadap orang bukan Melayu, Kongres Maruah Melayu yang telah diadakan baru-baru ini, mereka melihat ianya sebagai satu pesta perkauman atau pun a festival of racism. Ramai dari kalangan orang bukan Melayu mengutuk Kongres ini sehinggakan mereka membuat laporan polis untuk mendesak supaya satu siasatan dibuat dan tindakan diambil. Ringkas cerita, kononnya Kongres Maruah Melayu ialah satu tindakan jenayah di bawah undang-undang Malaysia.
Inilah masalah “Malaysia Baru” yang dihebahkan oleh Pakatan Harapan. Mereka sering berkata bahawa di dalam Malaysia Baru kebebasan bersuara dijamin tetapi apabila orang Melayu bersuara mereka berkata orang Melayu memainkan isu perkauman. Pakatan Harapan perlu memilih samada mereka mahu atau tidak mahu hak kebebasan bersuara. Tidak adil sekiranya kebebasan bersuara hanyalah untuk orang bukan Melayu tetapi orang Melayu tidak diberi kebebasan bersuara.
Walau bagaimana pun, kita tidak boleh nafi yang Kongres Maruah Melayu itu mengelirukan kerana “mixed signals” yang diberi. Apakah pesanan atau mesej yang mereka ingin sampaikan kepada orang Melayu? Tajuknya sahaja menggambarkan yang orang Melayu sudah hilang maruah. Bagaimana Melayu sudah hilang maruah dan sebab apa atau bagaimana perkara ini berlaku?
Dari pelbagai pembahasan dan ucapan yang diberi, kesimpulan dari semua itu adalah orang Melayu malas. Sebab itu Melayu sudah dan sedang hilang maruah mereka. Dalam erti kata lain, orang bukan Melayu rajin dan kuat bekerja. Tetapi bukankah nelayan, peneroka dan kaum petani kebanyakannya orang Melayu? Bagaimana dikatakan orang Melayu malas apabila yang berkerja kuat dan hampir kesemuanya orang Melayu?
Kita tidak boleh mengukur kekayaan seseorang itu dari hasil kekuatan atau kemalasan dia bekerja. Kita perlu ingat yang orang Melayu juga beragama Islam, kesederhanaan dan mengelak dari sikap tamak juga menjadi pegangan orang Melayu. Orang Melayu tidak mengejar harta dari subuh sampai ke maghrib. Orang Melayu juga menumpu masa mereka kepada ibadat dan lain-lain kerja amal jariah.
Yang sebenarnya, orang Melayu dari beratus tahun dulu hingga ke hari ini sama saja. Tidak berubah langsung. Orang bukan Melayu pula datang ke tanah air kita 200 tahun dahulu kerana ingin mencari kekayaan. Jadi tidak hairanlah jika wang ringgit menjadi kiblat mereka. Sebaliknya, orang Melayu tidak bertuhankan duit. Sebab itu persepinya ialah orang Melayu malas.
Orang Melayu mengamalkan satu pegangan Islam yang amat penting. Amalan itu ialah kesyukuran. Orang yang tidak syukur dikatakan mengkufuri nikmat. Dan perkataan kufur datangnya dari perkataan kafir. Orang Melayu syukur dengan pemberian Allah. Tidak perlu bertungkus lumus mengejar kekayaan sampaikan lupa dunia dan akhirat. Kesederhanaan adalah apa yang Islam mengajar kita. Janganlah hina orang Melayu yang tidak mengejar duit by hook or by crook dan sekiranya orang Melayu bukan jutawan tidak bermaksud orang Melayu tidak mempunyai maruah.
Diburukkan lagi apabila Kongres Maruah Melayu yang dihadiri Perdana Menteri menjadi bahan ketawa rakan Pakatan sendiri. Apabila diejek sebagai ‘Kongres Barua’ oleh bakal Perdana Menteri ke 8 seperti dalam Video yang Viral di media sosial.
Kesimpulannya, Kongres ini telah “backfire” untuk perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Melayu pun marah dan yang bukan Melayu pun juga marah. Yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Mungkin Tun Dr Mahathir perlu semak semula strategi yang lapuk dan tidak lagi sesuai di dalam suasana politik pada hari ini.
ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

3 comments:

  1. Habis tu tak perlu la complain salah org bukan melayu kalau diri sendiri da kata tak mengejar kekayaan.....then hidup je la sederhana....keje sederhana tapi nak hidup mewah harapkan kerajaan bg semua malu la...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.