`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, October 20, 2019

Kerajaan Perak tidak benar kempen BMF di masjid, kata exco agama

Exco Perak Asmuni Alwi berkata, penganjuran kempen BMF bukan sahaja tidak memberi keuntungan kepada masyarakat Muslim, malah dilihat rasis dan bersifat politik. (Gambar Bernama)
IPOH: Kerajaan Perak tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan kempen “Utamakan Beli Produk Muslim'” atau “Buy Muslim First” (BMF) di masjid seluruh Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Asmuni Awi berkata, ini kerana ia jelas bertentangan dengan polisi kerajaan negeri yang menggalakkan masyarakat mengutamakan produk halal.
“Kerajaan sekarang sedang mempromosikan barangan halal, tetapi jika tiba-tiba mengatakan beli barangan Muslim dahulu, jadi apa akan jadi kepada barangan bukan Muslim yang halal.
“Tidakkah di situ akan ada konflik antara apa yang kerajaan hendak dan apa yang segelintir pihak ini buat?,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Kerjaya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Perak 2019 di Mydin Mall Meru, di sini semalam.
Terdahulu sebuah NGO yang dikenali sebagai Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Perak menganjurkan kempen BMF peringkat masjid negeri Perak di Masjid An-Nur, Batu 8, Hulu Kinta.
Asmuni berkata, penganjuran kempen itu bukan sahaja tidak memberi sebarang keuntungan kepada masyarakat Muslim, malah dilihat rasis dan bersifat politik.
“Kita bukan tak menyokong produk Muslim diberikan keutamaan, tetapi pendekatan itu janganlah nampak rasis kerana yang kita nampak ia didalangi parti politik pembangkang. Jadi apa agenda mereka ini sebenarnya?” katanya.
Katanya beliau juga akan meminta penjelasan lanjut daripada Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, yang didapati turut terlibat secara langsung dalam penganjuran kempen berkenaan.
“Pihak kerajaan sendiri kesal penglibatan Jabatan Mufti Perak, terutama ustaz Zamri Hashim sendiri yang sepatutnya memainkan peranan yang baik, bukan menjadi juara di sini. Saya akan panggil dia untuk minta penjelasan,” katanya. - FMT

1 comment:

  1. Jika barangan buatan Muslim TIADA , umat Melayu Islam tetap akan beli juga barangan Halal buatan Non Muslim .
    Memang begini keadaan nya.Barangan buatan Muslim bukannya banyak.Ini sesuatu yang tidak perlu di gembar gemburkan .Peniaga2 Non Muslim pun sedia maklum hakikat ini.Jadi Ahli2 Politik jangan lah cuba nak mempolemikan hal ini .

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.