norizuan@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Pegawai kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan berhubung kes salah guna kuasa.
Sumber berkata, penahanan lelaki berusia 30-an itu dilakukan di sebuah kediaman di sekitar negeri ini, Ahad lalu.
“Permohonan reman terhadap suspek juga sudah dilakukan di Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, kelmarin.
“Mahkamah membenarkan suspek direman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa disyaki dilakukan individu berkenaan.
“SPRM negeri turut meneliti beberapa dokumen berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.
“Suspek direman tujuh hari bermula 14 Oktober bagi siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2019,” katanya. -nst
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.