`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, November 8, 2019

Kerajaan pertahan Sosma sebab realiti keganasan, kata Muhyiddin

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang meneliti beberapa cadangan meminda Sosma.
.
PEKAN NANAS: Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mempertahankan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) kerana realiti keganasan hari ini, mengatakan Malaysia sudah menjadi pangkalan mempromosi keganasan.
“Ini bukan soal Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sahaja tapi isu keganasan. Ini bukan soal bayangan, ini realiti – Malaysia dijadikan pangkalan untuk mempromosikan keganasan,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau memberi contoh rakyat Malaysia yang berada di Syria dan keganasan rentas sempadan.
“Maklumlah hari ini dunia terbuka, sempadan Malaysia memiliki luas -macam-macam boleh berlaku,” tambahnya.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kerajaan sedang meneliti beberapa cadangan meminda undang-undang itu daripada sesi libat urus dengan ahli-ahli Parlimen, ahli akademik, polis dan pengamal undang-undang, antaranya memendekkan tempoh penahanan 28 hari tanpa bicara kepada 14 hari.
“Kalau nak sambung bawa ke mahkamah, baru sambung 14 hari lagi,” tambah beliau dan menambah sesi libat urus dibuat melibatkan pelbagai pihak seperti ahli-ahli Parlimen, ahli akademik dan polis.
“Namun, ada pihak berpandangan kalau tangkapan berkaitan keganasan, mereka memerlukan masa lebih lama untuk mengkaji supaya keputusan dibuat itu tepat.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.