`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 8, 2019

Remaja masuk ICU disyaki akibat hisap vape

Seorang remaja lelaki dimasukkan ke Hospital Nukleus Labuan disyaki akibat menghisap vape.
LABUAN: Seorang remaja lelaki dimasukkan ke Hospital Nukleus dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape, menjadikannya kes pertama yang dilaporkan di Labuan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari dalam kenyataan berkata, satu pemeriksaan menyeluruh dilakukan bagi mencari punca sebenar remaja berusia 17 tahun itu yang menghidapi komplikasi paru-paru.
“Remaja lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 4 Nov akibat kesukaran bernafas, beliau seorang penghidap asthma dan diberikan rawatan bagi mengubatinya di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Bagaimanapun semasa di ICU, dia didiagnosis menghidapi beberapa kerosakan bahagian dalam paru-paru disamping simptom rhabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang,” katanya.
Ismuni berkata, berdasarkan kepada siasatan mendapati remaja itu menghisap vape selama dua minggu, sebelum dia dimasukkan ke ICU.
“Siasatan kami juga mendedahkan yang remaja itu bukan sahaja menghadapi beberapa kerosakan pada bahagian dalaman paru-paru, namun ia boleh juga disebabkan oleh penyakit otoimun yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia atau menghisap vape…penyiasatan kami masih berjalan…Saya minta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati privasi keluarga remaja tersebut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.