`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 16, 2019

Majikan wajib daftar pekerja asing dengan Perkeso mulai 1 Jan, kata Mahfuz

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mahfuz Omar.
KOTA KINABALU: Bermula 1 Jan depan, majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Mahfuz Omar.
Beliau berkata, bermula dari tarikh itu, pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso walaupun masih sah dilindungi di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA).
“Setakat Sept lalu, seramai 1.01 juta pekerja asing telah berdaftar di seluruh Malaysia dan 78,952 daripadanya adalah pekerja asing yang berdaftar dengan Perkeso di Sabah.
“Jumlah pekerja asing yang berdaftar dengan Perkeso masih tidak sampai separuh daripada kira-kira 2.1 juta yang sah berdaftar dan bekerja di negara ini sehingga Sept lalu,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Krismas Perkeso 2019 di sini, hari ini.
Beliau meminta semua majikan yang menggaji pekerja asing supaya mematuhi peraturan berkenaan dan bertindak segera mendaftar dengan Perkeso.
Katanya, skim berkenaan bukan saja bermanfaat untuk pekerja asing, malah turut membantu majikan dalam mengurangkan kos rawatan dan perubatan sekiranya pekerja asing terbabit ditimpa kemalangan semasa bekerja.
Mahfuz berkata seramai 1,572 individu yang kehilangan pekerjaan di Sabah sebelum ini dapat kembali bekerja menerusi temuduga kekosongan jawatan bersempena Karnival Pekerjaan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) Perkeso di negeri ini pada 2 Nov lepas.
“Sepanjang tahun ini, lebih 20,000 kekosongan kerja dapat diisi menerusi karnival ini di seluruh negara,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.