`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Monday, December 30, 2019

Pembuangan sisa glycerine punca ikan mati di Rawang

Pembuangan sisa bahan glycerine ke lurang kumbahan pembentung awam IWK, Bukit Sentosa menyebabkan ikan mati. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Pembuangan sisa bahan glycerine oleh pihak tidak bertanggungjawab disyaki menjadi punca pencemaran di longkang besar berdekatan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.
Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dalam kenyataan berkata semalam pihaknya menerima laporan daripada Pengurusan Air Selangor pada 7.30 malam mengenai pelepasan air berbuih dan ikan-ikan mati di lokasi 19.9km daripada Loji Pembersihan Air (LPA) terdekat iaitu LPA Rantau Panjang melalui Sungai Guntong itu.
“Siasatan oleh Luas, Air Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor mengesyaki ia berpunca daripada pembuangan sisa bahan glycerine ke lurang kumbahan pembentung awam Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) di kawasan perindustrian Kamunting Bukit Sentosa yang menyebabkan sisa air berbuih berwarna putih di kawasan longkang berhampiran sebelum memasuki Sungai Guntong,” menurut kenyataan itu.
Menurut Luas, pihak IWK diarah membuat kerja pembersihan pada lurang kumbahan terlibat dengan kadar segera.
Pensampelan turut dilakukan oleh Luas dan Air Selangor di beberapa lokasi pencemaran dan sehingga pukul 10 pagi tadi, pencemaran di Loji Sungai Selangor SSP 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dapat dielakkan.
Pada 21 Dis lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih, berpunca daripada perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu membuang bahan sisa buangan haram di lurang pembetungan sekitar loji milik IWK.
Susulan penutupan itu, bekalan air kepada 366 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas. - FMT

No comments:

Post a Comment