`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 30, 2019

Warga asing: Mengapa rakyat marah?



Di kaca mata ramai pendatang asing, Malaysia adalah satu destinasi emas. Bermimpi dapat menjadi warganegara Malaysia menjadi idaman mereka. Memiliki pasport Malaysia pula dijadikan satu impian.
Malang bagi mereka, Malaysia ialah satu-satu negara yang sukar memberikan hak warganegara kepada pendatang asing, meskipun mereka sudah lama bekerja secara sah di negara ini, sama ada di bidang kepakaran mahupun di bidang buruh.
Biasanya mereka hanya sekadar mendapat hak pemaustatin tetap (permanent resident atau PR). Jarang mereka mendapat kelulusan untuk menjadi warganegara.
November lalu, Malaysia dikejutkan dengan laporan kewujudan markas sindiket penipuan dalam talian terbesar di Cyberjaya yang melibatkan lebih 1,000 warga China apabila markas itu berjaya diserbu oleh Jabatan Imigresen.
Rakyat Malaysia tertanya-tanya bagaimanakah ini boleh berlaku?
Laporan Ketua Audit Negara 2018 sedikit sebanyak memberikan jawapan kepada persoalan rakyat itu. Menurut laporan itu, lebih daripada 95.6% daripada 79,799 pelancong warga China ke Malaysia tiak mempunyai rekod tarikh keluar daripada Malaysia dari 2016 ke 2018.
Bagi warga India pula, audit menunjukkan seramai 96.5% atau 39,806 yang tidak mempunyai catatan tarikh keluar untuk tempoh yang sama.
Ini bermakna terdapat 76,258 warga China asing di Malaysia masih berada di Malaysia secara haram. Lebih menakutkan, tidak diketahui apakah tujuan mereka terus kekal di Malaysia.
Jika 1,000 terlibat di markas sindiket penipuan dalam talian, apakah yang sedang dilakukan oleh 75,000 warga China asing yang lain? Bagaimana pula dengan 39,806 warga India asing yang masih berada di Malaysia secara haram?
Dulu ramai tertanya-tanya mengapakah pusat urut, hiburan dan industri pelacuran boleh tumbuh macam cendawan di bandar-bandar besar di Malaysia? Bagaimanakah mereka boleh mendapat bekalan yang mencukupi? Laporan audit nampaknya menjawab segalanya.
Bukan itu sahaja, pengauditan juga mendapati kira-kira 1.26 juta warga China dan 295,634 warga India masih diproses secara manual melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).
Laporan audit turut membangkitkan kelemahan dalaman yang serius dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dan MyIMMs ketika di proses di pintu masuk pelancong.
Pendek kata, laporan audit merumuskan bahawa Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk negara kurang cekap kerana data kemasukan pelancong secara manual dan “offline” tidak dikemas kini.
Jadi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, apakah reaksi yang sepatutnya dan betul kepada laporan audit ini?
Sewajarnya, kerajaan mengumumkan langkah penambahbaikan yang merangkumi satu siasatan yang telus untuk memperbaiki sistem MyIMMs dan mengemas kini data eNTRI.
Selain itu, kerajaan boleh berjanji untuk mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati cuai menjaga pintu masuk negara kerana kecuaian mereka membahayakan negara dan rakyat.
Kerajaan juga boleh mengumumkan bahawa kelulusan kepada warga asing melalui sistem MyIMMs dan eNTRI akan dibekukan sementara waktu sehingga data dikemas kini.
Selain itu, sistem daftar secara manual akan ditangguhkan atau dihapuskan sepenuhnya agar perkara yang sama tidak berulang.
Ramai juga yang ingin mendengar bahawa kerajaan akan menangguhkan cadangannya pada Mei lalu untuk melonggarkan syarat kemasukan pelancong China yang melawat Malaysia pada tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga sistem imigresen negara diperketatkan.
Pengumuman di atas, meskipun sekadar pengumuman, akan menaikkan keyakinan rakyat. Ia akan membantu membina kepercayaan rakyat kerana ia menunjukkan kerajaan memahami tanggungjawabnya dan tahu apakah yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan keadaan.
Tapi apabila kerajaan mengumumkan bahawa warga China dan India asing akan dikecualikan visa untuk memasuki Malaysia untuk tempoh setahun bermula 1 Januari 2020, segalanya berkecamuk. Kepercayaan rakyat menjunam ke gaung, dan kemarahan mereka memuncak ke gunung.
Jika dengan sistem visa yang ada sekarang pintu masuk negara tidak dapat dijaga dengan baik, apakah yang akan berlaku apabila lebih ramai dapat memasuki negara tanpa visa?
Apakah negara mampu mengesan dan menghantar mereka pulang jika warga asing dari China dan India ini bertindak untuk terus tinggal secara haram?
Kewujudan markas sindiket penipuan atas talian di Cyberjaya yang dioperasikan oleh lebih 1,000 warga China menunjukkan bahawa sistem kita terlalu bolos.
dengan mengabaikan sekuriti negara.
Oleh itu, pengumuman seperti ini tidak kena pada masa dan tempatnya meskipun ia dilakukan demi meningkatkan pendapatan negara melalui sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu pergi jauh untuk melihat mengapa rakyat semakin marahkan mereka. Dalam isu ini sahaja, sudah terlalu jelas mengapa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.