`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, December 31, 2019

2020: Dr M seru rakyat terus bersama dengan kerajaan

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
PETALING JAYA: Beberapa jam sahaja lagi menuju 1 Jan 2020, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat untuk terus bersama kerajaan, ketika masih ada yang terperangkap dalam polemik politik yang “tidak akan memajukan diri”.
Katanya, walaupun Malaysia pada 2020, tahun keramat dalam wawasan yang diperkenalkanya pada 1991, tidak mencapai sasaran negara maju, masih ada beberapa nilai-nilai masyarakat maju yang rakyat boleh usahakan.
“Nilai-nilai seperti rajin, berdisiplin, menjaga kebersihan, bersifat tolak-ansur, hormat-menghormati, berbudi bahasa dan berjiwa besar ciri-ciri membezakan kita dari mereka yang tidak maju dan mundur,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan tahun baru malam ini.
Mahathir berkata sifat-sifat mulia ini ada dalam semua budaya dan agama, oleh itu “kepelbagaian Malaysia seharusnya membuat kita lebih peka kepada nilai-nilai tersebut.”
Perdana menteri berkata ketika masih ada rakyat berbantah kerana politik, dunia sedang bergerak laju ke depan. Pesannya, kemajuan teknologi yang mendadak tidak menjanjikan perjalanan yang mudah untuk semua orang.
“Mereka yang memahami perubahan ini sudah mencari peluang untuk kerja dan pendapatan. Mereka yang tidak berubah sudah hilang punca kehidupan,” katanya.
Mahathir turut menyentuh mengenai kehidupan aman damai di tengah kepelbagian kita, mengatakan kerajaan tidak pernah terlintas untuk memperkenalkan undang-undang yang mengasingkan rakyat atau pendatang berasaskan agama atau keturunan tertentu.
“Walaupun kita mempunyai beberapa peruntukan untuk kaum Bumiputera, ia untuk memastikan kelangsungan mereka dan bukan bersifat menidak dan mengambil hak rakyat yang lain.
“Kerana itu kita dapati kekayaan negara tidak dipegang Bumiputera semata-mata malahan dikongsi dan dalam banyak keadaan dipegang kaum lain,” katanya. - FMT

1 comment: