PETALING JAYA: Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain, malah setiap kaum mempunyai sejarah dan asal usul tersendiri.
Kita mungkin tidak tahu bahawa kaum Cina sebenarnya bukan semua datang daripada golongan arus perdana atau bandar tetapi ada yang datang dari kumpulan peranakan atau pun Cina Kampung.
Cina Peranakan lebih tertumpu di Kelantan dan Terengganu, malah mereka mempunyai keunikan sejarah tersendiri di mana tidak ramai menyedarinya mungkin kerana kumpulan itu tinggal di kawasan majoriti Melayu.
Mengikut sejarah yang dikongsi kepada FMT baru-baru, Cina peranakan Kelantan dan Terengganu mula datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-16 dan kini mempunyai 7 generasi.
Mereka juga mendakwa telah berada di Tanah Melayu sebelum kedatangan Laksamana Cheng Ho iaitu sebelum wujudnya hubungan di zaman Dinasti Ming.
Walaupun tiada catatan sebenar sejarah kedatangan mereka ke Kelantan dan Terengganu, mereka percaya kedatangan nenek moyang mereka lebih awal dari kedatangan orang Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Owi Boon Teck turut mengesahkan sejarah keberadaan mereka itu di Tanah Melayu dengan mengatakan nenek moyang mereka mula tinggal di negara ini sejak lebih 300 tahun lalu.
Malah mereka datang lebih awal daripada masyarakat Cina arus perdana dan mereka tinggal di sepanjang Sungai Kelantan, Sungai Pengkalan Datu dan Sungai Kemasin sebagai penempatan awal dan mula berkahwin dengan penduduk tempatan disamping melakukan aktiviti pertanian.
“Asal usul nenek moyang kami datang dari satu wilayah di China, mereka datang dari kalangan kumpulan kaum lelaki sahaja, jadi bila mereka datang mereka nak berkahwin tapi waktu itu tidak ada perempuan Cina jadi mereka kahwin dengan wanita siam Kelantan dan anak itu hasil daripada perkahwinan campur dan kami dinamakan Cina peranakan,” katanya.
Malah, Cina peranakan Kelantan sangat unit dan lain daripada yang lain. Mereka yang mengamalkan kehidupan dan budaya Melayu hingga ramai yang keliru sama ada mereka dengan berbangsa Melayu, Cina atau Siam.
Bukan setakat bahasa pertuturan, pakaian, makanan dan rupa paras tidak ada bezanya dengan orang Melayu. Kulit Cina Peranakan kebanyakannya sawo matang. Mata tidak terlalu sepet seperti kebanyakan orang Cina biasa.
Lebih mengelirukan, bahasa Melayu loghat Kelantan mereka sangat pekat dan lancar. Ditambah dengan kain sarung yang tak lekang daripada tubuh, tambah menyukarkan untuk membezakan Cina peranakan dan Melayu.
“Malah keunikan kami juga, mampu menjadi tok dalang ketika bermain wayang kulit, dikir barat dan rebana ubi.
“Saya melihat kewujudan masyarakat ini lebih kepada campuran budaya dengan orang Melayu, Cina dan Siam. Selepas beratus-ratus tahun mewujudkan generasi ke-2 dalam kelompok masyarakat asal ini, ia sekali gus mengubah budaya dan cara hidup orang Cina kampung kepada budaya tempatan,” katanya sambil menambah hubungan mereka dengan Melayu seperti adik beradik dan ada yang mahir tulisan Jawi.
Boon berkata, walaupun corak kehidupan mereka berubah mengikut budaya tempatan Melayu Kelantan, mereka pada masa yang sama masih mengekalkan tradisi budaya dan warisan kaum itu.
Antaranya, acara Sim Beng yang bertujuan memberi penghormatan dan pujaan kepada para dewa-dewi dalam kepercayaan masyarakat Cina peranakan Kelantan.
Selain itu, terdapat kepercayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Cheng Beng (cuci kubur) dan sambutan Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival).
Bagaimanapun, katanya, sambutan Tahun Baru Cina bagi masyarakat itu sedikit berbeza apabila tidak ada aktiviti menggaul Yee Sang.
“Perayaan kita sambut semua kecuali pesta tanglung kita tidak sambut sangat, yang lain-lain kita buat dan kalau Tahun Baru China kita tidak ada Yee Sang sebab bukan budaya kita, tapi makan-makan besar ada,” katanya yang juga generasi ke-5.
Cina peranakan di benua Asia
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Cina Peranakan Terengganu, Leeanne Chua berkata corak kehidupan masyarakat itu tidak banyak beza sepertimana peranakan Kelantan.
Katanya, majoriti mereka fasih berbahasa Melayu dan mengamalkan cara hidup Melayu termasuk reka bentuk rumah.
“Cuma rumah kami ada tulisan Cina dengan ucapan yang positif depan rumah,” katanya.
Katanya, di awal kedatangan nenek moyang mereka di Tanah Melayu, mereka melakukan aktiviti pertanian membabitkan penanaman getah.
Katanya, kehadiran nenek moyang mereka ke Tanah Melayu ketika zaman Laksamana Cheng Ho.
“Mengikut apa yang saya tahu orang tua kami datang masa zaman Cheng Ho datang ke Asia Tenggara lagi tapi tarikh tepat kami tidak boleh bagi sebab orang-orang tua kami tidak catat sejarah dengan tepat.
“Mereka datang dari wilayah Fujian China, tapi kalau nak banding dengan kaum Cina (arus perdana) nenek moyang kami lebih awal, mereka itu kalau tidak salah saya datang ketika zaman British dan ada yang lari dari tanah besar kerana peperangan, kalau saya tidak salah,” katanya.
Katanya, walaupun hidup di negeri majoriti Melayu Islam, mereka masih mengekalkan tradisi dan adat resam sepenuhnya termasuk mengadakan Festival Moonlight, makan kuih buah molong, sembahyang arwah dan sebagainya.
“Semua cara adat resam kami kami masih ikut,” katanya sambil memaklumkan walaupun nenek moyang mereka berasal dari China, mereka lebih bangga menjadi peranakan di Malaysia berbanding tanah besar.
“Walaupun nenek moyang kami asal di China, tapi kami anggap tempat asal dan lahir kami adalah Malaysia,” katanya.
Dia juga mengakui, corak kehidupan ala Melayu yang diterapkan menimbulkan perasaan pelik Cina arus perdana.
“Bila mereka tengok cara kami, mereka pelik dan terpegun,” katanya yang tidak malu menjadi sebahagian Cina peranakan kerana mereka lebih mengetahui perkara yang tulen.
Leeanne berkata, apa yang lebih menarik, masyarakat itu bukan hanya berada di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya mereka juga berada di benua Asia lain termasuk di Thailand, Indonesia, Singapura, Australia dan New Zealand.
“Tiap-tiap tahun kami ada perjumpaan, semua peranakan dari negara ini akan berkumpul, tahun lepas kami berkumpul di Indonesia, tahun ini di Melaka dan tahun depan Singapura.
“Bila berjumpa kami akan kongsi pengalaman, perkembangan peranakan di negara masing-masing dan ia merupakan acara tahunan kami.
“Malah lebih menarik persamaan kami bila jumpa, kami akan pakai kain sarung, batik, kebaya dan bila jumpa kami akan cakap menggunakan bahasa Melayu,” katanya. - FMT
Assalamualaikum wr.wb,saya pak arianto pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang TKI pembantu di negara tentangga yaitu di malaysia yang pendapatannya tidak seberapa dan suami saya cuma kerja di kelapa sawit,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup di kampung apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya dan suatu malam saya buka internet dan tidak sengaja saya temukan number HP EYANG WORO MANGGOLO langsung saya telpon beliau dan menceritakan semua keluahan saya dan akhirya di kasih ANGKA GHAIB 6D benar-benar tembus dengan adanya EYANG semua hutang-hutang saya di kampung sudah lunas semua ,bahkan sekarang saya sudah buka usaha WARUNG MAKAN di malaysia!!! sekali lagi saya mengucapkan banyak terimah kasih kepada EYANG WORO MANGGOLO atas bantuan Eyang kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan EYANG WORO MANGGOLO pula yang telah memberikan angka ghaib hasil ritual,beliau kepada saya yaitu 6D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut-turut tembus .
ReplyDeleteSolusi yang tepat jangan anda putus aza karna EYANG akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB apa bila anda butuh angka togel 2D-3D-4D-5D-6D, dijamin 100% jebol.
Apabila ada waktu silahkan/SMS EYANG WORO MANGGOLO di number 082-391-772-208 .
DAN BELIAU JUGA BISA MENBANTU ANDA TUK PUTARAN YANG ADA DI BAWA.
angka;GHOIB: singapur
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum 4d
angka"GHOIB; laos…
angka"GHOIB; macau
angka"GHOIB; sidney
angka"GHOIB: vietnam
angka"GHOIB: korea
angka"GHOIB: kudalari
sekali lagi makasih yaa KI waktu itu saya cuma bermodal uang cuma 300 ribu dan akhirnya saya menang banyak dan berkat angka gaib hasil ritual KI saya sudah buka usaha Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HUB/SMS EYANG WORO MANGGOLO di number 082-391-772-208 insya allah beliau akan menbantu anda semua.trimakasih