`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 14, 2020

Didakwa hina mahkamah, Latheefa masih tunggu notis peguam Najib

KUALA LUMPUR: Latheefa Koya belum terima notis daripada peguam Najib Razak berhubung dakwaan menghina mahkamah kerana mendedahkan 9 rakaman audio yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu berhubung skandal 1MDB.
“Saya masih menunggu notis berkenaan. Mereka harus memberikan notis itu kepada saya,” kata ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pemberita di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini.
Beliau menjawab kenyataan Shafee Abdullah, yang bertindak sebagai peguam Najib, yang memutuskan untuk memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap beliau dan SPRM.
Minggu lalu, SPRM mendedahkan 9 rakaman audio yang dikatakan suara bekas perdana menteri Najib Razak; isterinya, Rosmah Mansor; bekas timbalan pendakwa raya awam Dzulkifli Ahmad dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu, Mohammed bin Zayed Al Nahyan, berbincang mengenai urusan berkaitan 1MDB.
Sementara itu, pegawai khas Latheefa, Sasha Lyna Abdul Latif membaut laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung dakwaan wujudnya satu komplot untuk mencalar reputasi peribadi Latheefa susulan pendedahan rakaman audio itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.