`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 14, 2020

Mujahid: Putrajaya sudah ada garis panduan, fatwa mengenai Syiah

Menteri di JPM, Mujahid Yusof Rawa.
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan sudah mempunyai garis panduan dan fatwa yang jelas mengenai ajaran Syiah.
Beliau berkata kenyataan diplomat Arab Saudi di Malaysia, Sheikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai’in bahawa Syiah adalah ancaman kepada umat Islam adalah pandangan peribadinya.
“Jadi kalau pun itu dia cakap sebagai pandangan dia, tetapi saya yakin dia mengetahui kita tak campur tangan urusan dalaman mana-mana negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan tengah hari waris dan mangsa kemalangan kren di Mekah.
Terdahulu, Sheikh Abdurrahman pada Konvensyen Ilmu Sunnah Peringkat Kebangsaan baru-baru ini berkata ajaran Syiah cabaran terbesar kepada umat Islam dan sia-sia untuk mendekati mereka dalam usaha menyatukan umat Islam kerana sudah sesat.
“Perbezaan antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan membabitkan soal Fiqiyyah semata-mata, tetapi juga antara haq dengan yang batil,” katanya.
Syiah, aliran Islam kedua terbesar mempunyai banyak pengikut di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan dan beberapa bahagian di Arab Saudi, Yemen dan Pakistan.
Pihak berkuasa Islam negeri mengisytiharkan ajarannya sebagai “menyimpang” dengan khutbah di Selangor sering mengutuk pengikutnya sebagai sesat.
Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata seramai 7 waris jemaah haji Malaysia semasa insiden kemalangan kren di Masjidil Haram menerima sumbangan peribadi berjumlah 1 juta riyal (RM1.17 juta) daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud.
Manakala waris kepada 3 orang yang cedera dalam insiden itu, katanya, menerima sumbangan peribadi daripada Raja Salman sebanyak 500,000 riyal (RM587,574).
“Duit terus masuk dalam akuan Amanah Raya untuk memastikan supaya duit itu sampai dengan telus.
“Sudah (duit masuk dalam Amanah Raya) pada bulan 11,” katanya.
Mujahid berkata hari ini juga dibuat secara simbolik untuk menghargai usaha Arab Saudi.
Beliau mengucapkan penghargaan daripada kerajaan Malaysia di atas keprihatinan Raja Salman serta Arab Saudi dalam menangani peristiwa ini.
Tragedi kren tumbang berhampiran Masjidil Haram berlaku ketika umat Islam mengerjakan haji yang mengorbankan 111 orang dan lebih 300 lagi cedera.
Ia turut mengorbankan 7 jemaah Malaysia.
Susulan itu, Raja Salman mengumumkan pampasan besar-besaran kepada keluarga mangsa yang melibatkan rakyat 12 negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.