`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 14, 2020

Putrajaya tak babitkan Khazanah, KWSP dalam proses jual PLUS

Khazanah menerusi anak syarikatnya UEM Group Bhd memiliki 51% kepentingan dalam PLUS, manakala baki 49% dimiliki KWSP.
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pemilik PLUS Malaysia Bhd (PLUS), berkata mereka tidak dilibatkan secara rasmi oleh kerajaan dalam penjualan konsesi lebuh raya itu walaupun kerajaan dilaporkan mendapat tawaran beberapa syarikat.
Pengarah Urusan Khazanah, Shahril Ridza Ridzuan berkata, dari perspektif tadbir urus, sebarang keputusan membabitkan jualan atau pengambilalihan aset itu perlu dilakukan secara teratur menerusi penglibatan rasmi pemegang kepentingan berkenaan, iaitu Khazanah dan KWSP.
“Perkara itu tidak pernah dimulakan,” katanya di luar Forum Integriti 2020 Bank Kerjasama Rakyat di sini, hari ini.
Khazanah yang juga dana kekayaan negara memiliki 51% kepentingan dalam PLUS menerusi anak syarikatnya UEM Group Bhd, manakala baki 49% dimiliki KWSP.
Shahril Ridza berkata, Khazanah dan KWSP tidak pernah menawarkan aset itu untuk dijual, serta tiada sebarang proses bidaan yang dilaksanakan ketika ini.
“Apabila merujuk tawaran yang diterima, wujud sedikit kesilapan kerana tiada sebarang proses bidaan yang dilaksanakan atau wujud pihak pembida.
“Itu semua merupakan tawaran secara sendirian yang dikemukakan kepada kerajaan berbanding pemegang saham semasa PLUS dan kami tidak terbabit dalam sebarang proses jualan aset tersebut.”
Mengenai impak ke atas Khazanah dan KWSP jika Putrajaya menjual PLUS kepada pihak ketiga, Shahril Ridza berkata, apa yang penting ialah memastikan nilai munasabah aset itu dipertahankan.
“Atas alasan inilah kami tidak melayan sebarang tawaran sebelum ini… secara jujur, tawaran itu hanya merendahkan nilai (sebenar) aset berkenaan.”
Beliau bagaimanapun gembira penilaian kerajaan dibuat menerusi sebuah bank pelaburan bebas yang seiring nilai semasa PLUS.
“Saya amat gembira kerana secara dasarnya, kami merasakan nilai itu telah disahkan oleh perbankan bebas, baik dari pihak kami ataupun kerajaan.”
Bagi kemajuan masa depan, Shahril Ridza berkata, pemilik PLUS perlu menunggu keputusan dasar kerajaan yang akan dimuktamadkan menerusi Kabinet sebelum isu itu dipanjangkan.
Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, cadangan pengambilalihan PLUS dan 4 lebuh raya milik Gamuda di Lembah Klang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok dengan pengumuman mengenainya selepas mesyuarat itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.