`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 19, 2020

G25 lapor polis, khuatir kenyataan Hadi boleh menghasut

Noor Farida Mohd Ariffin (tengah) dan peguamnya, Jahaberden Mohamed Yunos (kiri) serta ahli kumpulan itu selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, hari ini.
KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 hari ini membuat laporan polis terhadap Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan presiden PAS itu yang mengatakan mereka lebih bahaya daripada militan al-Maunah.
Peguam yang mewakili G25, Jahaberden Mohamed Yunos berkata, laporan polis itu dibuat kerana khuatir kenyataan Hadi itu boleh mengakibatkan satu perbuatan menghasut.
“Jadi G25 risaulah sebab apa yang mereka (G25) mahu adalah untuk memperbaiki pentadbiran Islam di Malaysia.
“Mereka (G25) khuatir kata-kata yang dilontarkan Haji Hadi boleh menimbulkan kemarahan pihak tertentu dan boleh menyebabkan ‘incitement’.
“Jadi semua ini akan memberi kesan kepada keselamatan g25,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir bersama jurucakap G25, Noor Farida Mohd Ariffin untuk membuat laporan polis terhadap Hadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Sementara itu, Farida berkata Hadi sepatutnya memahami laporan G25 bertajuk “Administration of Matters Pertaining Islam” sebelum melabelkan mereka dengan al-Maunah.
Farida berkata kenyataan tersebut mengaibkan serta dikhuatiri akan mengapikan mana-mana golongan dan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.
“Dia kata macam-macam terhadap kami dan ia serangan yang tidak adil sebab nyata sekali dia tak pernah membaca buku ini dan salah sangka mengenai isi kandungan buku.
“Kandungan buku itu bukan ‘tanned of Islam’ tapi adalah satu laporan dan kajian terhadap pentadbiran Islam di Malaysia khususnya melihat kepada peranan dan fungsi Jakim,” katanya yang turut meminta Hadi didakwa di mahkamah atas kenyataannya.
Ketika ditanya adakah G25 sedia mengadakan perbincangan atau debat dengan PAS berhubung perkara itu, Farida memaklumkan pihaknya tidak mempunyai masalah dengan PAS, sebaliknya hanya dengan Hadi.
“Kita sokong polisi kerajaan perkenal Rahmatan ‘lil Alamin, tapi kami tidak sentuh mengenai akidah Islam, itu bukan fokus kami, kami fokus soal pentadbiran agama ia 2 perkara berbeza,” katanya.
G25 menjadi sasaran presiden parti Melayu-Islam terbesar itu susulan penerbitan laporan “Administration of Matters Pertaining to Islam” oleh kumpulan itu pada 11 Jan lalu, untuk menangani isu-isu berkaitan pentadbiran Islam, terutama untuk mencerahkan undang-undang kurang jelas yang memberi kesan dalam penerapan syariat dalam dasar pentadbiran awam.
Laporan itu menarik perhatian kepada isu undang-undang menghukum murtad yang menurutnya tidak konsisten dengan perlembagaan, penubuhan Jakim dan Majlis Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan, dan penubuhan Majlis Tanah Negara walaupun tanah bawah bidang kuasa negeri, dan mencadangkan pindaan-pindaan berkaitan.
Hadi bagaimanapun membidas G25 dan pengikutnya lebih berbahaya daripada Al Maunah dan memberi ancaman kepada akidah umat Islam kerana pemikiran mereka tidak berpandukan syariat daripada ajaran dan kitab suci agama itu.
Presiden PAS itu juga kesal pihak berkuasa membiarkan perbincangan oleh kumpulan yang “bodoh dan bebal” berhubung hal ehwal Islam, dan perbincangan mengenai Islam tidak boleh dibiarkan kepada kumpulan itu, yang disifatkan sebagai “makhluk perosak”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.