`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 19, 2020

Exco Terengganu nafi laporan garis panduan persembahan wanita

Persembahan Ulik Mayang yang dipertontonkan pada perasmian Pesta Pantai Visit Beautiful Terengganu 2017 yang dirasmikan menteri pelancongan ketika itu di Batu Burok. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang exco Terengganu hari ini menafikan maklumat “tidak betul” dalam laporan mengenai garis panduan acara, yang dikatakan akan melarang wanita membuat persembahan di depan penonton lelaki.
Exco Pelancongan, Budaya, dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman berkata akhbar bahasa Inggeris itu tidak pernah menghubunginya.
“Tunggu garis panduan keluar, baru komen,” katanya kepada FMT ketika ditanya adakah garis panduan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Laporan itu, memetik Ariffin, berkata garis panduan 11 perkara akan dikuatkuasakan selepas keteknikan undang-undang diselesaikan.
Menurut laporan itu, Terengganu sepatutnya dilaksana pada Januari tetapi ditangguh buat sementara.
Ariffin memberitahu FMT garis panduan 11 perkara itu hanya sementara.
“Tunggu yang baru. Mac akan dilancar,” katanya.
Pada November lepas, Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan, dan Pengajian Tinggi, Saiful Bahari Mamat berkata suatu garis panduan berkaitan hiburan, kebudayaan, dan pelancongan akan diwartakan tahun ini.
Katanya, garis panduan itu menonjolkan keunikan hiburan dan budaya patuh syariah di negeri itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.