Perdana Menteri (Interim) Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun membuat kenyataannya sedikit masa tadi. Sudah tentu sekali akan timbul berbagai tafsiran dan hujah balas terhadap apa yang disebut oleh Dr Mahathir. Sebagai negara berdemokrasi yang memberi ruang kebebasan memikir dan kebebasan bersuara memang ianya menjadi hak masyarakat kita untuk memberi pendapat mereka berkenaan setiap perkara yang melibatkan nasib dan masa depan negara.
Saya ingin mengingatkan semua rakyat negara kita akan satu perkara besar yang telah berlaku dalam negara kita ia itu peralihan kuasa secara aman dan tenteram pada 9hb Mei, 2018 di mana kerajaan baru Pakatan Harapan telah mengambil alih kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah negara kita selama 63 tahun (sejak 27hb Julai 1955).
Peralihan kuasa menerusi Pilihanraya Umum yang aman, damai dan tanpa sebarang kekecohan atau keganasan pada 9hb Mei 2018 itu menunjukkan bahawa masyarakat kita sudah mencapai tahap kematangan yang tinggi untuk menerima perubahan besar dalam politik dan pentadbiran negara tanpa perasaan gelisah, takut atau dendam. Ucapan syabas, syukur dan tahniah patut diakui dan diterima oleh semua lapisan rakyat negara kita kerana kitalah yang telah menjadi pencetus perubahan yang sangat besar ini dengan cara begitu mudah dan selesa.
Untuk perbandingan saja di banyak negara lain, bukan saja peralihan kuasa yang besar tetapi pilihanraya kecil atau lanjutan pemerintahan kerajaan yang sedia ada pun sering mencetuskan keganasan dan huru-hara. Kita bersyukurlah negara kita Malaysia terlepas daripada pemikiran dan perbuatan kuno seperti itu. Semoga rakyat negara kita akan terus membawa diri dengan baik dan berhemah dalam memikul dan menghadapi semua tanggung jawab kita sebagai ahli masyarakat.
Dalam keadaan politik semasa negara kita yang masih mencari penyelesaian kita perlu ingat bahawa ahli politik dan parti politik itu adalah sikit. Yang jauh lebih ramai adalah rakyat biasa yang masih perlu berpergian ke sana dan sini untuk menjaga urusan harian kita semua.
Kita tidak perlu takut atau gusar mengenai keadaan politik negara kerana akhir sekali kita sendiri, masyarakat negara, yang akan putuskan semua urusan negara. Kuasa itu tetap berada dalam tangan rakyat.
Semoga Allah swt akan terus melimpahkan karunia, hidayat dan sejahtera ke atas negara kita.
Try this...!
ReplyDeleteMalaysia First Prime Minister Tunku Abdul Rahman last message to the people...!!
"...That Magic Lamp" is in the hands of the Ordinary Rakyat...
Use your Wisdom, Protect your Rights, in order to Preserve our Beloved nation, Malaysia"...!!!
https://www.youtube.com/watch?v=OcLDq8iNGcc