KUALA LUMPUR: Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya dari PKR bermesyuarat di sebuah hotel dekat Damansara malam ini, dipercayai berkaitan rancangan pembentukan kerajaan baru.
FMT difahamkan mesyuarat malam ini juga mengenai kemungkinan menubuhkan parti baru selepas PKR hari ini memecat keahlian Azmin sebagai timbalan presiden dan Zuraida Kamaruddin sebagai naib presiden.
Mesyuarat ini juga dipercayai akan membincangkan rancangan Dr Mahathir Mohamad, yang hari ini meletakkan jawatan perdana menteri dan dilantik perdana menteri interim.
Sementara itu, lebih 7km di Petaling Jaya, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan mesyuarat pimpinan di ibu pejabat parti. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.