`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 23, 2020

LTTE: Siapa sebenarnya ancam keselamatan negara, soal mufti Perlis

KDN berkata LTTE masih dikategorikan sebagai kumpulan pengganas dan kerajaan tidak berhasrat mengugurkan kedudukan kumpulan itu.
PETALING JAYA: Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mempersoal siapa yang lebih mengancam keselamatan negara selepas Peguam Negara Tommy Thomas memberhentikan serta-merta pertuduhan terhadap 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan militan, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Beliau berkata keselamatan negara tidak boleh dipertaruhkan di tangan seseorang yang terlalu rasis tetapi diberikan kuasa untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
“Itu amat merisaukan.
“Orang seperti itu jika berkedudukan hendaklah ditamatkan jawatannya segera sebelum negara menjadi kacau bilau,” tulisnya di Facebook.
Jumaat lalu, Thomas berkata mempunyai gambar pengasas dan pemimpin LTTE dalam telefon bimbit atau akaun Facebook dan representasi lain yang berkaitan tidak menukar seseorang menjadi pengganas.
“Sekiranya ia hanya kenyataan atau bantahan, sama ada dalam media sosial atau sebaliknya, tanpa ugutan keganasan, ia bukanlah perbuatan pengganas.
“Sebagai pendakwa raya, saya mestilah memastikan kelakuan saya sebagaimana yang akan menjaga, menggalakkan dan mempertahankan kepentingan keadilan,” katanya.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Mohd Yassin bagaimanapun berkata LTTE masih dikategorikan sebagai kumpulan pengganas dan kerajaan tidak berhasrat untuk mengugurkan kedudukan kumpulan itu.
Katanya, Thomas tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan dan bidang kuasa menteri dalam negeri. - FMT

1 comment:

  1. If you're trying to lose pounds then you certainly need to get on this brand new personalized keto meal plan diet.

    To create this keto diet service, certified nutritionists, personal trainers, and professional cooks have joined together to develop keto meal plans that are powerful, suitable, cost-efficient, and enjoyable.

    Since their first launch in January 2019, thousands of clients have already completely transformed their body and well-being with the benefits a smart keto meal plan diet can offer.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-certified ones provided by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.