`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 26, 2020

Penghantar bungkusan simbah asid kepada anggota polis

Seorang anggota polis disimbah asid oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai penghantar bungkusan.
KUANTAN: Seorang anggota polis melecur selepas disimbah cecair dipercayai asid di depan rumahnya di Indera Mahkota pada Isnin, oleh lelaki yang berpura-pura menghantar bungkusan hamper kepadanya.
Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamad Noor Yusof Ali berkata Sarjan Kamarul Zaharin Abdullah, 51, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang melecur di dada, belakang tengkuk, lengan kiri dan sedikit di muka.
“Suspek yang menunggang motosikal memanggil mangsa keluar untuk mengambil hamper sekitar 6.10 petang, sebelum bertindak menyimbah cecair ke arah mangsa yang hendak masuk semula ke dalam rumah.
“Kita percaya itu merupakan kali ke-2 suspek mencari mangsa, kerana dia dilihat menekan loceng rumah mangsa beberapa jam sebelum itu, namun mangsa dan keluarganya tiada di rumah ketika itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Mohamad Noor berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Ketua Polis Pahang Abd Jalil Hassan semasa dihubungi Bernama berkata mangsa kini dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan berada dalam keadaan stabil. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.