`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 23, 2020

Remaja perempuan maut dipukul abang angkat dengan penukul

Polis menahan suspek berusia 24 tahun yang juga pemegang kad OKU iaitu ketidakupayaan dalam masalah pembelajaran.
IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mati dipukul abang angkatnya dipercayai dengan sebatang penukul di rumah mangsa di Persiaran Pengkalan Timur, Taman Desa Pakatan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abd Aziz berkata, mangsa, Siti Sufiah Halim Ong ditemui meninggal dunia ketika ibunya mahu mengejutkan anaknya kira-kira jam 7.30 pagi.
Menurutnya, polis menahan suspek berusia 24 tahun dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu ketidakupayaan dalam masalah pembelajaran.
Semasa hasil soal siasat, katanya, suspek mengaku memukul mangsa dengan sebatang penukul akibat cemburu kerana mangsa didakwa mempunyai hubungan lain.
Beliau berkata polis merampas sebatang penukul, sebatang kayu dan pakaian suspek.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
A Asmadi berkata hasil soal siasat mendapati mangsa yang mengenali suspek sejak 4 tahun lalu tidak pernah bergaduh sebelum ini dan suspek sering datang ke rumah untuk membantu keluarga mangsa sejak kematian bapa mangsa pada 2012.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami hentakan keras di bahagian kepala dengan terdapat 2 kesan luka dan lebam di kedua-dua belah kepala serta di sekeliling mata sebelah kiri, patah tulang tengorak di bahagian kiri dan kanan serta terdapat kesan pendarahan di bahagian otak,” katanya.
Beliau berkata ibu mangsa menyatakan anaknya bersama suspek datang ke tempat kerjanya pada jam 4.30 petang semalam sebelum suspek menghantar anaknya ke rumah pada sebelah malam.
Sementara itu, ibu mangsa, Siti Sayati Kamil, 46, ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), berkata anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik.
“Dia cuma beritahu mahu menjaga saya sampai bila-bila dan mahu saya berhenti kerja sebagai pekerja di gerai buah-buahan.
Siti Sufiah, yang merupakan anak sulung daripada 2 beradik, baru bekerja di sebuah gerai buah-buahan di Pengkalan sejak 2 bulan lalu dan bercita-cita mahu menjadi seorang anggota polis. - FMT

1 comment:

  1. Do you realize there is a 12 word phrase you can tell your partner... that will trigger deep feelings of love and impulsive attractiveness to you deep within his chest?

    Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, adore and care for you with all his heart...

    12 Words Who Fuel A Man's Desire Instinct

    This instinct is so built-in to a man's mind that it will make him try harder than before to take care of you.

    Matter of fact, triggering this powerful instinct is so mandatory to having the best possible relationship with your man that as soon as you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You will instantly find him open his mind and soul to you in such a way he haven't experienced before and he will see you as the one and only woman in the universe who has ever truly tempted him.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.