`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 5, 2020

Sabah hanya lanjut visa pelancong China terjejas koronavirus

Christina Liew (tengah) ketika mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Imigresen, Malaysia Airports Berhad and wakil syarikat penerbangan di Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew berkata pelanjutan visa 7 hari selepas tarikh luput hanya akan dikeluarkan kepada pelancong China yang tiba di negeri ini sebelum 31 Jan.
Liew, yang juga menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, berkata ia boleh dilakukan di ibu pejabat Jabatan Imigresen Sabah.
“Visa akan dilanjutkan apabila ia menunjukkan tiket kembali sah. Ia juga memutuskan untuk mengetepikan keperluan penjamin tempatan untuk FIT (pelancong bebas asing dan independen).
“Bayaran lanjutan visa sebanyak RM100 masih terpakai,” katanya selepas mesyuarat khas dengan jabatan itu, Malaysia Airports Berhad dan syarikat penerbangan, hari ini.
Mesyuarat itu diadakan untuk membincangkan penghantaran balik pelancong China yang terkandas di Sabah susulan larangan perjalanan yang dikenakan ke atas China.
Perbincangan memberi tumpuan kepada 2 isu – pelanjutan visa dan pengaturan perjalanan untuk menghantar balik mereka yang terjejas ke bandar-bandar di China selain Wuhan.
Liew juga berkata syarikat penerbangan bersetuju untuk mengetepikan bayaran pembatalan bagi mereka yang dibatalkan penerbangannya.
“Terdapat juga pilihan penerbangan tempahan semula ke China melalui Kuala Lumpur. Kami menasihati penumpang terkandas untuk mengakses laman web syarikat penerbangan untuk maklumat mengenai penerbangan yang ada untuk perjalanan pulang mereka,” katanya.
Menurutnya, AirAsia masih mengendalikan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shenzhen (14 kali seminggu), Guangzhou (7 kali seminggu), Hangzhou (5 kali seminggu) dan Kunming (2 kali seminggu).
Malaysia Airlines terbang ke Shanghai 2 kali seminggu manakala penerbangan China Southern Airlines ke Guangzhou berakhir Khamis ini.
Larangan perjalanan sementara ke atas penerbangan China di Sabah hanya untuk penerbangan masuk. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.