`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 30, 2020

Peruncit fesyen Esprit tutup semua kedai di Asia akhir Jun

Kecuali China, Esprit akan menutup semua 56 kedai di rantau Asia, termasuk di Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau. (Gambar Facebook) 
TAIPEI: Esprit Holdings Ltd, peruncit fesyen akan menutup semua kedainya di Asia pada akhir Jun ini berikutan kemerosotan hasil jualan di rantau ini dan kesan Covid-19, lapor agensi berita pusat Taiwan.
Esprit cawangan Taiwan pada Selasa berkata, selain China, syarikat itu memutuskan untuk menutup semua 56 kedai di Asia, termasuk di Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau.
Di Taiwan, Esprit mempunyai 26 cawangan.
Langkah itu sebahagian usaha mengatasi cabaran akibat pandemik Covid-19.
“Ini adalah langkah yang tepat untuk Esprit kerana pandemik Covid-19 memberi kesan dramatik kepada perniagaan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Anders Kristiansen dalam kenyataan bertarikh 27 April lalu di laman web Esprit.
Jualan runcit di Asia menurun 44.2% dalam tempoh 9 bulan sehingga 31 Mac lalu dan lebih 90% pendapatannya dalam tempoh itu dijana di Eropah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.