`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 2, 2020

SPRM tahan pegawai imigresen disyaki minta rasuah

Menurut sumber SPRM, suspek yang bertugas di pejabat imigresen Putrajaya disyaki meminta dan menerima rasuah bagi meluluskan pelanjutan permit pekerja asing yang tamat tempoh.
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan seorang pegawai imigresen kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM3,000.
Lelaki berumur lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor pada kira-kira 2 petang tadi ketika hadir bagi memberikan keterangan.
Menurut sumber SPRM, suspek yang bertugas di pejabat imigresen Putrajaya itu disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu bagi meluluskan pelanjutan permit pekerja asingnya yang tamat tempoh.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman.
Pengarah SPRM Selangor Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.