`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 26, 2020

Polis nafi ‘double standard’ individu ingkar PKPP

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata pihaknya terkesan isu ditularkan di media sosial berkaitan tangkapan anak seorang kenamaan yang didakwa melanggar PKPP tetapi terlepas daripada tindakan polis.
PETALING JAYA: Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim menafikan pihaknya mengamalkan “double standard” terhadap mana-mana individu termasuk anak seorang kenamaan yang didapati melanggar perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), baru-baru ini.
Mazlan berkata, pihaknya terkesan isu yang ditularkan di media sosial berkaitan tangkapan anak seorang kenamaan yang didakwa melanggar PKPP tetapi terlepas daripada tindakan polis.
“Polis Kuala Lumpur menegaskan tidak mengamalkan ‘double standard’ dan tidak sesekali berkompromi terhadap mana-mana individu termasuklah anak VIP tersebut yang didapati melakukan kesalahan melanggar PKPP dan mereka telah dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, pada 22 Ogos 2020, jam 1.20 pagi, polis menjalankan serbuan di sebuah pub terletak di Jalan Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
Hasil pemeriksaan, polis menahan seorang lelaki India berusia 37 tahun dipercayai pengurus premis, seorang lelaki warga Bangladesh dan 3 wanita Filipina yang disyaki pekerja di premis berkenaan.
Siasatan lanjut mendapati premis itu dibuka tanpa lesen perniagaan sah.
Dalam serbuan itu, polis turut menahan 20 lelaki dan 9 wanita tempatan berusia lingkungan 21 hingga 48 tahun dipercayai pengunjung premis dan berada di premis tersebut melebihi had masa dibenarkan dalam tempoh PKPP dan dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.