`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 31, 2020

Apa Maksud Merdeka?




Selamat menyambut Hari Merdeka ke 63. 
Negara kita sudah 'Merdeka' selama 63 tahun. Merdeka daripada penjajahan orang asing, kaum British.
Apakah keburukan yang  British telah buat kepada masyarakat dan negara kita?
Apakah kebaikan yang British telah buat kepada masyarakat dan negara kita?
Apakah semuanya kejahatan? Atau semuanya kebaikan?
Dan apakah 'merdeka' itu membawa maksud yang sama kepada semua orang?
Contohnya British telah hapuskan adat 'hamba abdi', 'hamba sahaya', penghambaan 'padi kunca' dan jenis lain dalam negara kita. Walaupun mereka penjajah, British telah bangkitkan isu penghambaan manusia di tanah jajahan Malaya dalam sidang Parlimen British di London.
Dan bukan seorang atau dua orang sahaja pegawai British terlibat dalam usaha hapuskan adat 'hamba' dalam negara kita.
1. When the British politician Edmund Wodehouse inquired about Malaya’s slavery in the parliament on 19 May 1884, the Under-Secretary of State for the Colonies, Evelyn Ashley replied, “All slave debtors became free in Perak on January 1st of this year, so that slavery of any description is now illegal there, as it already was in Selangor and Sungei Ujong.”
2. A British Royal Navy officer Sherard Osborn wrote in 1857 on how Orang Asli “were tied up or caged just as we should treat chimpanzees.” Sir Frank A Swettenham, the Resident of Selangor from 1882 to 1884, reported a case to the British Parliament in July 1882: “[A] Chief from Slim had a fortnight before captured 14 Jacoons and one Malay in Ulu Selangor, had chained them and driven them off to Slim.”
Jadi British telah 'merdekakan' rakyat kita daripada adat "hamba"  yang masih berleluasa pada zaman itu.
Salah seorang pegawai British yang terlibat dalam merdekakan hamba dalam negara kita pernah di bunuh oleh orang tempatan. Tetapi orang tempatan yang membunuh pegawai British itu kemudian disanjung sebagai "pejuang kemerdekaan"
Jadi apakah maksud 'merdeka'? 
Apakah 'merdeka' boleh mempunyai makna lain kepada golongan lain?  
Mungkin masanya sudah tiba bagi kita menghisab semula cara otak kita berfikir apabila diberi tugas menghisab  kebaikan dan keburukan penjajahan British.
Sekarang kita sudah merdeka - selama 63 tahun. Sila lihat kartun berikut yang dilukis oleh Zunar, seorang Melayu dan Islam : 
Jelas sekali 'merdeka' mempunyai maksud yang lain bagi orang yang lain.  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.