`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 31, 2020

2 beradik gelang ‘pink’ ditahan langgar Temco

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah berkata mereka memberitahu hendak ke rumah datuk namun alasan itu tidak munasabah untuk membolehkan mereka berada di luar kawasan rumah
ALOR SETAR: Polis menahan 2 beradik lelaki dipercayai melanggar perintah kawalan pergerakan diperketatkan bersasar (Temco) di Amanjaya, Sungai Petani semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah berkata, kedua-duanya berumur 17 dan 19 tahun, ditahan pada 10.20 malam berhampiran kawasan Sekolah Kebangsaan Ambangan Heights oleh anggota polis yang membuat pemantauan di zon Kenanga.
“Pemeriksaan awal mendapati mereka memakai gelang berwarna merah jambu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan. Mereka memberitahu hendak ke rumah datuk namun alasan itu tidak munasabah untuk membolehkan mereka berada di luar kawasan rumah.
“Kedua-dua mereka yang telah diambil keterangan diberikan jaminan polis dan akan dituduh di mahkamah selepas ini. Kes akan disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Temco di Amanjaya yang melibatkan 3 zon iaitu Kenanga, Melur dan Mawar bermula Jumaat lepas hingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Adzli juga berkata, seramai 59 individu masing-masing dikompaun RM1,000 kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) di sebuah kedai makan di Bukit Selambau Estate dekat Sungai Petani tengah malam tadi.
Beliau berkata, semua individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an ditahan pada 12.30 tengah malam kerana didapati tidak menjaga penjarakan fizikal ketika berkumpul di premis itu.
“Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa orang sedang berkumpul sambil leka mendengar muzik serta tidak menjaga penjarakan fizikal dan penjaga premis berusia 37 tahun gagal mengemukakan sebarang lesen hiburan yang sah,” katanya.
Adzli, berkata kedai makan itu menyediakan kemudahan untuk pelanggan berkaraoke dengan bayaran RM2 bagi setiap lagu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.