`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 24, 2020

Harga Bahan Makanan Asas Boleh Naik 20%, Harga Sayur Cameron Highlands Boleh Naik

 


1. Krisis di pelabuhan

There is a crisis of sorts at the ports. In this video below Dato Ameer Ali Mydin the Chairman of the Bumiputera Retailers Association and a group of other importers are complaining that there are delays in the berthing and unloading of ships at the ports which are causing food items to go bad, adding to their costs and other bad things. It is taking up to 3 - 4 days to unload ships.

The Chinese New Year imports (beginning now till February) will double and triple the volume of containers and will only add to the delays. Here is the video from Kini TV :




The port has already replied and said that they are working hard to overcome the congestion issues before Chinese New Year.

However the importers are already suffering losses which they say they have no choice but to pass it to the consumer in higher prices.

Contohnya jika pengimpot bawa masuk 10 kontena bawang dan oleh kerana pihak pelabuhan lambat  unload kontena bawang daripada kapal maka kemungkinan bawang boleh rosak. 

Katakanlah harga bawang impot RM1000 satu tan. Jadi untuk impot  10 tan perlukan modal RM10,000. Jika separuh (5 tan) rosak dan tidak boleh dijual, ini bermaksud pengimpot terpaksa double harga bawang impot untuk cover balik modal dia RM10,000 tadi. Jadi harga bawang akan naik dua kali ganda jadi RM2000 bagi satu tan. Ini kiraan contoh sahaja.

Maksudnya pengguna (terutama sekali bebudak penjual burger) akan terpaksa bayar harga dua kali ganda per kilo bawang. 

Kalau terdapat ramai pengimpot bawang dalam negara kita kemungkinan-nya harga bawang tidak akan naik dengan mendadak sebab kemungkinan-nya pengimpot lain telah impot bawang mereka lebih awal lagi atau menerusi pelabuhan lain yang tidak ada masalah congestion and delays in unloading ships.

Tetapi negara kita Malaysia adalah ibupejabat dunia bagi monopoli, oligopoli, permit impot, lesen impot dsbnya yang dikawal oleh orang besar, orang kaya, orang politik, orang yang ada kabel dsbnya. (Perhatikanlah siapa yang mengimpot vaksin corona virus).  Jika hanya bilangan  sedikit orang (oligopoli) yang control impot bahan asas seperti bawang maka harga bawang boleh naik.  

Tuan-tuan orang Melayu perlu faham. Bilangan terbesar penduduk kita adalah orang Melayu. Bilangan terbesar orang dalam golongan B40, golongan miskin dsbnya semuanya adalah orang Melayu. 

Jadi bila harga barang naik - siapa akan miskin dulu?  Jawapannya - orang Melayu yang akan miskin dulu. Jadi monopoli, oligopoli, AP, lesen impot, permit dsbnya hanya menyebabkan harga barang jadi mahal. Dan mangsanya yang terawal sekali adalah orang Melayu. Yang akan menjadi kaya adalah golongan yang sudah pun kaya. Tuan-tuan tidak akan jadi kaya. Tuan-tuan akan menjadi miskin.  


2. Sayur Cameron Highlands pula boleh naik harga.  (Saya ada sedikit cadangan OutSyed The Box dihujung ini.)

Dan kemungkinanya berita berikut pula akan mengakibatkan orang Melayu juga terpaksa bayar kos sara hidup yang lagi mahal. 

Tuan-tuan, akibat 'dasar' kerajaan negeri Pahang, tak lama lagi harga sayur-syuran dari Cameron Highlands boleh melambung naik.  Hampir kesemua penduduk Semenanjung, terutama sekali orang Melayu juga, akan terpaksa bayar harga yang lebih mahal bagi sayur-sayuran.

Ini beritanya :




Cameron farmers pass memorandum on new land policy to MPs at Parliament

KL : MPs urging Putrajaya to urgently intervene 
Cameron farmers to pay RM4,500/acre a year rental under new state policy
new rates 500% more than RM900 TOL fee paid by farmers
will push up food prices and threaten national food security
Seremban MP Loke said farmers must rent their land from Pahang Corp Sdn Bhd.
farmers also need to meet tough criteria to renew their leases
heavy financial burden on them. 
Also criteria is very difficult for them to fulfil
farmers already facing huge problems since MCO 
produce could not be transported as a result
Tanah Rata assemblyman Chiong said new policy affect 2,041 TOL farmers 
highest rent (for agricultural land) in Malaysia. 
RM4,500 rent is 500% increase from current TOL fee (RM900).
state govt attempting to extract more money from people 
instead of guaranteeing food supply and exports for the country
farmers’ previous appeals to state govt fallen on deaf ears
Kuantan MP Fuziah said new policy require farmers to get myGAP cert
within 30 months or risk losing their leases
lease only extended for extra two years if they obtain certification
after attaining myGAP they should be given a long-term lease
We worry they would be asked to vacate their land
We also worry that as a result, big companies will come in
Bayan Baru MP Sim said farmers need to pay RM2,000 to consultants 
appointed by Pahang state govt to obtain myGAP certificate
higher costs to farmers result in higher food prices
threaten national food security

My comments :

Kenapalah kerajaan negeri Pahang ini  gatal pungk_k sangat?

Cameron Highlands farmers ini sudah menanam sayur selama hampir 100 tahun. Hampir keseluruhan Semenanjung dari Perlis ke Johor mendapat bekalan sayur dari Cameron Highlands. 

Dulu mereka bayar RM900 se ekar untuk lesen TOL. Saya percaya bayaran lesen TOL RM900 ini adalah standard atau serupa bagi seluruh negeri Pahang.

Sekarang pula farmer di Cameron Highlands akan dipaksa bayar lesen TOL RM4,500 se ekar !!  

highest rent (for agricultural land) in Malaysia. 

  • Bagaimana pula lesen TOL di daerah lain di negeri Pahang? 
  • Apakah bayaran lesen tanah TOL di semua daerah lain di negeri Pahang juga akan dinaikkan daripada RM900 ke RM4,500 setahun?
  • Ataupun kenaikan harga lesen TOL RM4,500 ini adalah cinta kasih sayang yang hanya dicurahkan atas kepala farmers di Cameron Highlands?

Dari mana datangnya angka ajaib RM4,500 ini?  Kenapa pula bukan RM4,750 atau RM2,534.25? Atau RM6,000? (Macam duit durian itu?)

Kenapa lah nak buli farmer di Cameron Highlands pula kali ini? Giliran mereka ke? 

Mereka banyak berjasa kepada negara. 

Tanpa bantuan sesiapa pun mereka telah menanam sayur secara besar-besaran yang dapat membekal hampir kesemua keperluan Semenanjung. Mereka telah pelopori drip irrigation secara besar-besaran sejak tahun 1980an.  Hampir 30 tahun dulu, pada awal 1990an saya kagum melihat strawberry farm di Cameron Highlands yang gunakan komputer untuk kawal drip irrigation system mereka. Maksudnya mereka menjimat air. Sejak dulu lagi mereka sudah tahu cara untuk buat sustainable farming.

Dari dulu lagi farmer di Cameron Highland terpaksa membuat atau membina sistem perairan mereka sendiri.  Mereka juga terpaksa buka jalan sendiri. Tanpa bantuan sesiapa pun. Mereka sudah lama tahu cara untuk buat sustainable farming.

Kita pula pergi ke pasar setiap hari untuk membeli sayur tanpa perlu risau apa pun bagaimana begitu banyak sayur, kobis, carrot, tomato dan buah-buahan boleh menjelma di pasar kita? Just like magic. Tapi ianya bukan magic. Hampir kesemua sayur-sayuran kita datang dari Cameron Highlands. 

Tiba-tiba sumber sayur-sayuran negara kita 'diancam' oleh harga lesen TOL yang LIMA KALI GANDA,  perlu memenuhi syarat sustainable lah, syarat  myGAP certificate lah, bayar RM2,000 kepada consultaht lah. 

Tuan-tuan, apa yang akan berlaku ialah harga sayur akan naik. Percayalah. Tuan-tuan kena bagi duit pasar yang lebih kepada isteri. Harga bee hoon goreng yang dimasak dengan sayur boleh naik. The cost of living will go up. Dan yang akan jadi miskin dulu adalah orang Melayu juga. Why? Sebab orang Melayu adalah majoriti of the population. 

Hari itu penanam durian kena buli. Hari ini pula giliran penanam sayur di Cameron Highlands kena buli. Esok pula mungkin jadi giliran farmer halia di Bukit Tinggi.  

Saya ada sedikit cadangan yang boleh membantu keadaan di Pahang.

Cadangan saya ini kena kepada penanam sayur di Cameron Highlands dan juga penanam durian di Pahang.

Yang sangat jelas ialah farmer Cina (dan India di Cameron Highlands) yang jadi mangsa besar.  Sebab ramai sekali farmer sayur dan farmer durian adalah Cina (dan India). Sejak berpuluh tahun yang sudah mereka telah menanam modal beratus juta Ringgit dan melaburkan masa, tenaga dan yang penting sekali skill dan commitment mereka untuk menjayakan industri peladang dan penanam sayur-sayuran. Kita tidak boleh nafikan usaha mereka sudah menjadi harta negara kita.

Maksudnya usaha mereka selama berpuluh tahun (sejak 1930?) memang sudah berbuah dan berhasil.  Sebarang percubaan untuk take over hasil usaha mereka atau tiba-tiba meletakkan cukai dan syarat yang tinggi hanya akan mempercepatkan kekayaan orang lain.   

Cadangan saya begini. Why not kerajaan negeri Pahang membuka kawasan tanah yang baru, siap dengan infrastruktur seperti air, api, jalan tar, petak tanah yang elok, dipotong ikut contour bukit, dipotong ikut teres (terrace) yang elok dan kemudian disewa kepada mana-mana farmer yang minat untuk bayaran sewa yang lebih munasabah? 

Jika saya jadi MB Pahang saya akan panggil kesemua farmer di Cameron Highlands dan tanya mereka : 'How much extra land do you need? Ok kerajaan negeri akan buka kawasan tanam sayur yang baru. Luasnya 30 billion ekar (contoh sahaja sebab negeri Pahang banyak tanah). Kerajaan negeri akan buat petak yang ikut contour bukit, kami akan siapkan jalan tar, akan siapkan bekalan air, api, telefon. So because of all this infrastructure yang kerajaan negeri akan sediakan, bagi kawasan baru ini kami akan sewakan petak tanam sayur ini dengan harga RM _ _ _ _.00 setiap ekar setahun. Sewa untuk tiga tahun dengan option boleh sambung tiga tahun lagi. You all setuju tak? Mari kita bincang.' 

A win win solution.

Thats how you should do it.  Kawasan lama itu jangan pi kacau.  Farmer itu semua sudah duduk situ dan tanam sayur sejak berpuluh tahun - mungkin sejak sebelum Merdeka. Jangan pi kacau tempat yang bekalkan sayur ke seluruh Semenanjung. Dan juga ekspot sayur yang membawa masuk Foreign Exchange yang bantu kukuhkan nilai Ringgit kita. 

Dont try to repair something that is not rosak. Jangan cuba perbaiki benda yang sudah pun baik dan perfect.

Kalau harga sayur naik, seluruh Semenanjung Malaysia akan dibebani dengan harga makanan yang lebih mahal. Dan yang akan susah dulu adalah orang Melayu. Sebab orang Melayu yang menjadi majoriti besar penduduk negara.

Setiap hari, sedikit demi sedikit, harga barang ini atau harga barang itu naik. Gaji pula tak naik - kecuali bagi Penjawat Awam dan pekerja GLC.

Maka setiap hari hidup rakyat marhaen menjadi lebih susah. Setiap hari rakyat marhaen melihat lubang dalam kocek mereka makin besar. Duit mereka cepat hilang. 

Hanya orang kaya, orang besar, orang yang ada power menjadi makin kaya.

Serupa juga dengan kawasan durian itu. You already have land. Thousands of acres of land. Why take other peoples' durian trees ? Instead offer the farmers part of YOUR land.  Leave THEIR durians alone.  Talk to them. Rent to them some of YOUR land.  Work out some deal - like profit sharing, straight forward rental per acre etc.  

Then there will be more durian producing land. There will be more supply of durians for the consumers. The prices of durian will not shoot up. More durians to be sold locally and for export. More money to be made by everyone. A win win solution. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.