A Kadir Jasin
1. Pada jam 9.28 pagi, 4 Disember saya terima mesej WhatsApp dari seorang sahabat kepercayaan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim, berbunyi: “Kerajaan PN Perak jatuh hari ni.”
2. Saya balas jam 9.57 pagi: Jatuh kepada siapa? Umno dengan DAP?
3. Dia jawab 10.04 pagi: Umno 25, Dap 16, Amanah 5, PKR 3 . Umno jadi MB. DAP setuju to work with Umno in next election. (DAP setuju untuk bekerja dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang).
4. Jam 11.15 dia bagi tahu: Peja is out, 10 for 48 against. (Peja terpelanting, 10 sokong 48 menentang).
5. Gabungan undi Umno dan DAP telah menumbangkan Menteri Besar Perikatan Nasional (PN) dari parti Bersatu. Umno yang menjadi anggota kerajaan campuran PN mengundi bersama DAP, Amanah dan PKR bagi membuang MBnya sendiri.
6. Jam 6.15 petang saya WhatsApp seorang ahli Jawatankuasa Pusat DAP: PKR sources told me DAP has agreed to work with Umno in the coming GE. I’m flabbergasted. (Sumber PKR bagi tahu saya DAP bersetuju bekerjasama dengan Umno dalam PRU akan datang. Saya terkejut).
7. Jam 6.19 petang dia jawab: No lah. (Tak lah).
8. Jam 6.42 petang seorang pengurus tabungan (fund manager) keturunan Cina Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong WhatsApp: UMNO + DAP working together. Dream team finally coming together. (Umno + DAP kerja bersama. Pasukan impian akhirnya menjadi kenyataan).
9. Apakah mesej-mesej mengenai kerjasama Umno-DAP ini omong kosong semata-mata atau pratayang kepada realiti yang sedang menjelang?
10. Apakah Umno yang terdesak untuk kembali berkuasa tidak terfikir untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang kuat seperti DAP?
11. Barisan Nasional (BN) sudah nazak. MCA dan MIC tidak dapat menarik undi bukan Melayu lagi. Undi Cina dan India sudah dibolot DAP.
12. Tidak menghairankan jika DAP, yang pernah merasa nikmat kuasa melalui PH, beraspirasi untuk kembali semula ke Putrajaya melalui sebuah pakatan baru yang termasuk Umno.
13. Kalau Dr Mahathir Mohamad boleh bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menumbangkan BN, apakah Umno tidak terfikir kaedah yang sama?
14. Wallahuaklam. Demikianlah muslihat dan tipu-helah politik di mana konspirasi bukan sekadar teori tetapi boleh bertukar menjadi realiti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.