`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 10, 2021

JKR terima 267 laporan kerosakan jalan akibat banjir di 6 negeri

 

JKR menerima lebih 200 laporan jalan rosak akibat banjir di enam negeri membabitkan 141 jalan, 58 cerun runtuh, lapan jalan mendap dan tiga jambatan. (Gambar Bernama)

GUA MUSANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) menerima sebanyak 267 laporan berhubung kerosakan jalan raya, jambatan, cerun runtuh dan jalan mendap membabitkan enam negeri yang dilanda banjir.

Ketua Pengarah JKR Mohamad Zulkefly Sulaiman berkata, negeri terbabit ialah Kelantan, Johor, Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor.

Beliau berkata antara kerosakan dilaporkan membabitkan 141 jalan, 58 cerun runtuh, lapan jalan mendap dan tiga jambatan rosak.

“Kita sudah mengarahkan semua JKR negeri terbabit supaya memantau keadaan itu supaya tidak membahayakan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan jalan di Lojing, semalam.

Terdahulu, beliau mendengar taklimat disampaikan pemangku pengarah JKR Kelantan Mohd Suhaili Ismail berhubung kejadian tanah runtuh pada Ahad lepas yang menyebabkan Jalan Gua Musang-Lojing di KM92 rosak dan dipenuhi bongkah batu, kayu dan lumpur.

Kerosakan sepanjang hampir dua kilometer menyebabkan jalan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan dan hanya dibuka satu lorong sejak selepas kerja pembersihan dijalankan.

Zulkefly berkata, kajian akan dijalankan bagi mengetahui jumlah sebenar untuk kerja membaik pulih kerosakan jalan terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.