`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 24, 2021

LHDN tutup beberapa cawangan untuk sanitasi

 

LHDN berkata pelanggan boleh mengunjungi cawangan Duta, Cheras, Kuala Lumpur Bandar, UTC Pudu, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor Bahru, UTC Pasir Gudang dan Pusat Khidmat Hasil Pontian sebagai alternatif.

KUALA LUMPUR: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Wangsa Maju di Kuala Lumpur dan kaunter perkhidmatan percukaian di cawangan Johor Bahru (Penggajian) serta cawangan Johor Bahru (Perniagaan) akan ditutup sementara untuk tujuan sanitasi.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan bagi kaunter perkhidmatan percukaian di cawangan Johor Bahru (Penggajian) serta cawangan Johor Bahru (Perniagaan), penutupan bermula hari ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sebagai alternatif bagi melakukan urusan, LHDN memaklumkan pelanggan boleh mengunjungi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor Bahru, UTC Pasir Gudang dan Pusat Khidmat Hasil Pontian.

Sementara itu, penutupan pejabat LHDN cawangan Wangsa Maju akan bermula esok hingga suatu tarikh akan dimaklumkan kemudian dan sebagai alternatif, pelanggan boleh mengunjungi LHDN cawangan Duta, Cheras, Kuala Lumpur Bandar dan UTC Pudu.

Sehubungan itu, dalam tempoh tersebut pelanggan dinasihatkan untuk melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian dan bagi pembayar cukai yang benar-benar memerlukan perkhidmatan bersemuka, mereka boleh mengunjungi kaunter perkhidmatan di cawangan LHDN berhampiran.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.