`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 13, 2021

Maksimum 2 penumpang untuk teksi, e-hailing ketika PKP

 

Pemandu dan penumpang wajib memakai pelitup muka setiap masa serta mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki kenderaan. 

PETALING JAYA: Perkhidmatan teksi dan e-hailing dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam dengan maksimum dua penumpang sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan menjelaskan pemandu dan penumpang wajib memakai pelitup muka setiap masa serta mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki kenderaan.

“Bagi penumpang, mereka yang tidak bergejala saja dibenar menggunakan perkhidmatan ini, manakala bagi pemandu, mereka yang bergejala tidak dibenarkan memandu atau beroperasi.”

Katanya, tambang perlu dibayar menerusi kaedah tanpa tunai sepenuhnya.

SOP lain yang perlu dipatuhi pengusaha teksi dan e-hailing ialah menyahkuman kenderaan selepas tamat operasi harian atau mereka digalakkan menyahkuman kenderaan setiap kali selesai menghantar penumpang.

Kementerian itu berkata, semua penerbangan awam bagi laluan domestik, jet peribadi serta helikopter tidak perlu mengamalkan penjarakan fizikal sepenuhnya.

Katanya, penerbangan antarabangsa tertakluk kepada peraturan penjarakan fizikal yang ditetapkan negara dituju.

Perkhidmatan bas henti-henti, ekspres, mini, pelancongan, pengantara, bas lapangan terbang dan pekerja dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh berdasarkan tempat duduk.

Bagaimanapun, bas henti-henti dan sekolah di Sabah dibenarkan beroperasi dengan 50% kapasiti penumpang dan penandaan penjarakan fizikal. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.