`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 23, 2021

Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi

 

Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah turun mendadak kepada 94 orang daripada 22 keluarga setakat 9 malam tadi berbanding 352 orang daripada 99 keluarga pada 4 petang semalam berikutan bencana banjir yang semakin pulih di negeri itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Sabah berkata hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.

“Dewan Mohd Dun Banir menempatkan 52 mangsa daripada 14 keluarga manakala 42 mangsa daripada lapan keluarga masih di Dewan Kampung Song-Song,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tiga pusat pemindahan ditutup malam ini iaitu Dewan Pa’Musa di Beaufort, Dewan Sekolah Suang Punggor di Kota Belud dan Rumah Kebudayaan Kampung Kalang Banar di Tenom.

Cuaca malam tadi dilaporkan baik dengan hujan dan angin kencang hanya di beberapa tempat antaranya Sipitang dan Kuala Penyu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.