`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 5, 2021

Nasib NegaraKU

 Mengikut berita berikut seorang warga emas telah maut apabila terjatuh daripada motorsikalnya setelah melanggar lopak di jalanraya. Sila lihat gambarnya:  



Adakah sesiapa pun mengambil peduli? Apakah lopak besar itu sudah ditampal dalam 24 jam? Atau pihak yang berkenaan meminta maaf kepada keluarga mangsa itu? Jelas bahawa mangsa itu bukan Menteri. Hanya rakyat biasa.

Di bawah pula gambar di luar Bangsar Shopping Center atau BSC - tempat berkumpul kaum elit dan orang kaya dari Bangsar, Bukit Damansara dan kawasan yang serupa matawang dengannya.  Sila lihat notis For Sale atas kereta mewah (jenis Bentley?). Harganya ditulis sebagai $123 sahaja. Kemungkinan apa yang dimaksud adalah RM123k atau RM123,000.



Rupanya golongan 'orang kaya' Bangsar dan Bukit Damansara pun mengalami kesulitan ekonomi dan terpaksa menjaja kereta mewah di tepi jalan dengan notis 'For Sale' yang ditulis dengan tangan. 

Harga yang ditawarkan adalah murah memandangkan bahawa kereta baru jenis ini berharga lebih daripada RM500,000. 

Yang berikut pula video yang lagi sedih yang menunjukkan orang awam beratur (di Chow Kit?) untuk menerima makanan percuma yang diberi oleh kumpulan sukarela. 


Kita bersyukurlah bahawa masih terdapat kumpulan yang prihatin dan komited yang sanggup kumpul duit, masak makanan, membungkus makanan itu dan sudi memberi bungkusan makanan itu kepada orang yang miskin dan perlukan makanan.

Yang sedihnya ialah begitu ramai sekali orang yang menunggu untuk mendapat makanan percuma terutama sekali kaum wanita dan golongan tua.

Masyarakat kita makin susah. Negara kita sakit dan makin tenat.

Kita perlu tong sampahkan SEMUA DAN SEGALA budaya, tradisi, fe'el, cara, perbuatan dan amalan kita (dalam semua aspek hidup) yang telah membawa masyarakat kita kepada tahap miskin dan daif seperti ini. This is not acceptable.  

Yang bertanggungjawab besar merosakkan negara kita ke tahap ini adalah kaum langsuir politik penghisap darah masyarakat. 

Kalau kita ingin selamatkan negara kita, tuan-tuan mesti tongsampahkan mereka dulu.  

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.