`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 15, 2021

Presint 9 sesak cetus kebimbangan wujud ‘kluster ayam’

 

Gambar tular di media sosial menunjukkan orang ramai beratur panjang.

PUTRAJAYA: Hanya kerana mahu mendapatkan seekor ayam beku percuma, Presint 9 di sini sesak semalam apabila orang ramai berpusu-pusu datang untuk mendapatkannya.

Sinar Harian melaporkan, 2,000 ekor ayam diagihkan secara percuma oleh Pemuda UMNO Putrajaya pada Khamis.

Hampir 2,000 penduduk Putrajaya mengunjungi lokasi agihan tersebut yang di hadapan Rumah Perlindungan Kucing bermula jam 4 petang.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan sehingga jalan utama Presint 9, sekali gus menimbulkan kebimbangan awam terhadap jangkitan Covid-19.

Beberapa keping gambar memperlihatkan orang ramai menaiki motosikal dan kereta beratur panjang untuk mendapatkannya menjadi tular di media sosial.

Warga maya melahirkan kebimbangan kemungkinan ‘Kluster Ayam’ akan muncul akibat program tersebut.

Putrajaya yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama enam negeri lain merekodkan dengan bilangan 229 kes dalam tempoh 14 hari.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Mohd Zushaidey Zulkifli yang dihubungi berkata, pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis.

“Kami menitikberatkan soal prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana agihan dibuat secara pandu lalu dan tidak melibatkan sebarang sentuhan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihaknya tidak menjangkakan menerima sambutan luar biasa.

“Pada mulanya kami bercadang untuk memberi dua ekor ayam bagi setiap orang, tetapi memandangkan terlalu ramai yang datang, kita bagi seekor ayam untuk seorang,” katanya.

Tambah beliau inisiatif itu bagi meringankan beban penduduk Putrajaya.

“Menjadi kebiasaan UMNO Putrajaya untuk menghulurkan bantuan kepada semua penduduk,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.