`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 10, 2021

Siri Naik Turun Tangga Mahkamah Tinggi

 


  • KL Najib failed to justify RM2.973b 1MDB funds in 3 personal bank accounts 
  • DPP said Najib received monies through GoodStar, controlled by Jho Low
  • colossal sum RM2.973b found accumulated in Najib's AmBank account 
  • Good Star, Aabar, Tanore remain elephant in the room
  • deathly silence from Najib
  • We hear no cries of innocence from him 
  • 'Why 1MDB monies in your personal accounts, not once, twice, but thrice
  • monies from money laundering traceable directly to GoodStar, Aabar 
  • GoodStar, JoLo, Prince Faisal, Prince Said, Blackstone no connection with 1MDB 
  • no business or commercial reasons for such movements of monies

  • Najib, Umno feeble claim cash is political donations 
  • May 8, 2019 notice of forfeiture over handbags, 27 vehicles
  • RM18m in Bank Islam, Al-Rajhi, Maybank, CIMB, RHB, Public Bank, AmBank, HLB
  • frozen between Aug 16, 2018 - March 11, 2019


My Comments : Dalam siri "naik turun tangga di Mahkamah Tinggi" ini kita melihat bekas pemimpin negara yang terlibat rasuah dan pelbagai jenayah songlap duit rakyat menghadiri kes di mahkamah tanpa henti. 

Ramai orang merasa kurang puas hati kenapa kes-kes di mahkamah ini mengambil masa yang sangat panjang, kenapa orang yang sudah pun di dapati bersalah masih bebas ke sana dan ke sini dan membuat kenyataan dan ucapan yang hanya malukan masyarakat, negara dan juga agama. Seolah masyarakat kita tidak mempunyai maruah dan sanggup entertain atau melayan pemimpin-pemimpin yang sudah pun didapati salah terlibat jenayah. 

Di negara lain contohnya di Eropah Timur (termasuk Ukraine) mereka ambil tindakan yang lebih drastic terhadap pemimpin dan ahli politik yang terlibat rasuah.   

Di Ukraine menteri Kabinet, ahli parlimen dan pemimpin politik yang terlibat rasuah pernah dicampak ke dalam tong sampah, seperti dalam gambar berikut : 


Tetapi masyarakat kita bukan seperti masyarakat negara lain. Dalam negara kita reaksi umum terhadap isu-isu besar (seperti jenayah, salahguna kuasa dsbnya) juga bergantung kepada keturunan, bangsa dan agama orang yang terlibat. 

Bangsa dan agama penjenayah dan mangsa jenayah boleh memberi impact yang lebih besar daripada fakta dan bukti dalam kes jenayah itu. 

In other words penjenayah boleh jadi hero dan mangsa boleh menjadi jahat bergantung kepada identiti perkauman, bangsa dan agama mereka.

Maklumlah kita adalah negara pelbagai kaum dan pelbagai agama. Suka tak suka unsur perkauman mempunyai kesan yang besar terhadap reaksi umum dalam sebarang perkara. 

Reaksi masyarakat bukan selalunya straight forward 'black and white' atau 'right and wrong'. Race and religion always overshadows everything. 

Contohnya dalam kes 'road buli' dulu walaupun mahkamah mendapati road bully itu salah dan jatuhkan hukuman (yang sangat ringan) tetapi emosi dan sentimen perkauman telah dikipas dengan kumpulan racist sanggup kumpul dana untuk 'membela'  bebudak yang sudahpun didapati salah oleh mahkamah tadi. Dan mereka memaki dan mencemuh si-mangsa road bully pula - seorang lelaki tua tetapi yang berlainan bangsa. Dan isu ini juga dimainkan oleh media ikut sentimen perkauman mereka sendiri. Masyarakat umum pun diam saja. 

Tiada siapa pun daripada kalangan intelektual, akademik, NGO, pejuang "agama" (Nauzubillahi minal syaitanir rajim) yang bangkit dan berkata 'Ok just stop it. Stop being racist.'

Yang lebih lucu juga adalah kes bebudak samseng yang mencuri handphone daripada sebuah kedai.  Setelah di'tangkap' mencuri handphone, bebudak pelaku jenayah itu telah memanggil gerombolan samseng untuk memukul 'mangsa' kecuriannya dan juga memecah dan merosakkan bukan saja satu kedai tetapi beberapa kedai dalam kompleks itu.  Pencuri dan mangsa curi adalah berlainan bangsa, bahasa dan agama.

Tiba-tiba isu racist ini menjadi perkara besar dalam berita dan dalam perbualan harian pemimpin politik Kerajaan dan di kelab dangdut favourite mereka. Dan pencuri telefon serta gerombolan samseng yang pecahkan kedai pula menjadi 'hero'.  Mangsa kecurian yang juga kena pukul oleh kumpulan samseng pula jadi 'watak jahat' - sebiji serupa kes lelaki tua yang menjadi mangsa road bully sebelum itu. 

And the story does not end there.  Sasul bin Sasau, dalam sekelip mata saja Menteri racist telah jumpa "penyelesaian" iaitu untuk belanjakan berpuluh juta Ringgit wang rakyat untuk membuka 'kedai telefon racist' pula. Pop kali Pap, Bip kali Bop mereka telah membuka kedai telefon racist, dan seperti mana boleh disangka, kedai itu semua rugi dan akhir sekali semuanya bungkus.     

Fast forward. Contoh yang paling besar sekarang ialah kes kematian Adib Adam. Walaupun Polis telah sebut beberapa kali bahawa tiada bukti Adib dipukul oleh sesiapa pun, dan Doktor Pakar Patologi Hospital KL telah sebut dengan jelas bahawa Adib di langgar oleh lori Bomba dan yang terkini pula buku bekas AG Tommy Thomas menjelaskan fakta yang sama, masih terdapat ramai orang yang "mahu"  Polis menangkap 'orang yang bertanggungjawab memukul Adib'.  There is no such thing. Tiada siapa pun pukul Adib, sebab Adib dilanggar oleh lori Bomba sendiri. 

Tetapi sekali lagi kes ini melibatkan emosi perkauman yang bermula apabila sekumpulan samseng diupah untuk menghalau penduduk berbangsa lain dari kawasan itu. Dan sehingga hari ini tiada siapa pun daripada kumpulan samseng yang telah cetuskan serangan dan kekecohan itu telah dihadapkan ke mahkamah. Why? 

Dalam sekejap masa opportunis pelakon politik turut mencurah minyak atas bara dan kipaskan sentimen perkauman lagi.  Fakta dan kebenaran, apa yang sebenarnya telah berlaku, bukti yang telah dibawa ke mahkamah semuanya  di tolak tepi.

And once again tiada siapa pun daripada kalangan intelektual, akademik, NGO, pejuang "agama" (Nauzubillahi) yang bangkit dan berkata 'Ok just stop it. Stop being racist.

Sebaliknya ada pula yang menjadi penganjur kongres "maruah" !!

Perbuatan seperti ini hanya menambah beban 'malu' yang akan terpaksa dipikul, yang akan terpaksa dicuci dan dibuang oleh generasi anak-anak Tuan-Tuan.  You are just burdening your future generations with more shame and embarrassment.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.